Pesanan Daripada Majlis Keselamatan Negara MKN

June 26, 2020

Pesanan Daripada Majlis Keselamatan Negara MKN  | Sejak PKP haritu, pendek kata hari hari Majlis Keselamatan Negara hantar mesej kat handphone. Pendek kara kalau ada bunyi beep tu dah tahu dah mesej tu dari MKN. Sebab setakat ni dah kurang saudara mara dan juga rakan taulan berkomunikasi dengan SMS, semua dah guna WhatsApp dah sekarang. Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan antara penghantar pesanan paling setia dan ikhlas kepada anda yang sedikit pun tidak memerlukan jawapan balas melainkan balasan berupa TINDAKAN PEMATUHAN SOP sahaja. Sama-samalah kita patuh SOP PKPP dengan #NormaBaharu ini demi kebaikan kita.

Berikut KakYa senaraikan antara pesanan dan ingatan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk kita semua. 

- Jangan ambil kesempatan kebebasan rentas negeri. Amalkan kawalan kendiri dan patuhi SOP yang ditetapkan semasa berada di kampung halaman.

- Rujuk SOP berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di portal dan laman web rasmi JPM dan MKN.

- Pengangkutan awam, penerbangan dibenarkan beroperasi kapasiti penuh. Patuh SOP, pakai pelitup muka, ambil suhu badan dan guna cecair pembasmi kuman.

- Penjarakan sosial: kenapa 1 meter? Semakin dekat kita dengan orang yang telah dijangkiti Covid-19 semakin tinggi peluang untuk terkena jangkitan.

- Sesuaikan diri dengan kebiasaan baharu dan patuh SOP. Elak kawasan sesak, sempit dan bersembang dengan jarak dekat.

- Ibu bapa/penjaga perlu sentiasa mengawasi anak-anak ketika beriadah dan berada di kawasan awam bagi mengelak jangkitan COVID-19.

- Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan.

- Pastikan anak anda tidak ke sekolah jika bergejala. Amalkan norma baharu: Kerap cuci tangan, jaga jarak sosial, etika batuk dan bersin dengan betul.

- Garis panduan pembukaan semula sekolah dan prasekolah Kementerian Pendidikan boleh dirujuk dan dimuat turun di portal rasmi www.moe.gov.my

Semoga pesanan yang diberikan memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib.

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. setiap hari dapat sms dari MKN. Ada orang rimas tapi ok je benda ni.sebagai peringatan.kan? kadang2 kita lupa.

    Whatsapp beratus masuk sehari tak pe pulak.Hhaha

    ReplyDelete
  2. Semoga semua kekal istiqamah patuh SOP

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.