Lost In Sekutland 2 Final Cover

Lost In Sekutland 2 Final Cover 

Semalam jalan jalan jenguk facebook sahabat alam maya. Saja la kebetulan mood ok sikit boleh la meronda jenguk apa cerita member kat facebook. Dalam duk terjenguk jenguk tu, KakYa nampak satu gambar menarik kat facebook penulis buku Lost In Sekutland, Tn Irwan Dahnil. Perghh terus la mencelah sikit intai apa yamg menarik.

Tudia dah nampak dah apa dia. Cover buku Lost In Sekutland 2 dah pon muncul depan mata. Akhirnya hati gumbiraaa sangat sebab nampak cover buku ni. Tak tau la kalau nampak buku, nampak cover jer pon dah buat hati KakYa happy. Tak sabarnya nak dapat buku LIS2 ni. Lama kot KakYa tunggu!

www.akifimtiyaz.com

Lost In Sekutland 2 Punya Cerita

Nak cerita sikit perjalanan KakYa nak dapatkan buku Lost In Sekutland 2 ni.  Lama dah sebenarnya sejak akhir bulan 3 lagi, lebih tepat 30 Mac 2020. Tuan ID dah email KakYa untuk pre order buku LIS2.  Masa tu buku pon belum cetak lagi. Oleh kerana KakYa salah seorang pembaca Lost In Sekutland terbitan 2017 jadi KakYa dapat email awal.

Tapi sebelum dapat email KakYa dah tahu dah akan kemunculan buku Lost In Sekutland 2, sebab Tuan ID ada post kat facebook personal dan facebook page beliau mengenai Lost In Sekutland 2. Cuma makan masa lama sikit kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Tapi takpe janji buku tetap ada walupon lambat tiba.

www.akifimtiyaz.com

Review Buku Lost In Sekutland 2017

KakYa pernah buat review simple tentang buku Lost In Sekutland edisi 2017 dan InsyaAllah jika diberi kelapangan masa dan waktu, KakYa akan review Lost In Sekutland 2 bila dah habis baca nanti. Sekarang ni KakYa tunggu buku sampai jer. Tak sabar sebenarnya nak pegang buku tu, hahahaha ntah la kenapa, tapi KakYa rasa aura buku tu lain macam. Kena baca dan kena hadam sendiri apa yang Tuan ID nak sampaikan. 

www.akifimtiyaz.com

Kalau setakat  dengar orang cerita jer tak jadi, memang KENA BACA. Terima kasih Tuan ID untuk penulisan buku Lost In Sekutland 2. Yeayy dah ada kesinambungan dah. Tertunggu tunggu hampir 5 tahun juga ni, untuk Lost In Sekutland 2 di keluarkan. 

Alhamdulillah Akhirnya Penantian Bakal Berakhir

Tadi jenguk fb Tuan ID lagi sekali, hahaha rajin benor duk jenguk nak tahu perkembangan buku. Yahoo ada posting baru tentang buku Lost In Sekutland 2. Tuan ID dah poskan buku Lost In Sekutland 2 la weyhhh. First batch .. Yeayy yang preorder ritu la, akan dapat paling awal. Ok kita tunggu buku tu tiba kat tangan. Mr Pos Laju hantar elok elok ya buku KakYa. 

www.akifimtiyaz.com

Tengok post ni maka semakin lebarlah senyum sebab dah nampak sebuah buku Lost In Sekutland 2 di situuuu .. Alhamdulillah semoga urusan pengeposan buku ini dipermudahkan. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. Ok lah sekian coretan petang dari KakYa. Nak solat asar dulu, jumpa lagi di coretan akan datang.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. apa yang best pasal bku ni kak ya? mesti menarik kan isi kandungannya sampai ramai yang tertunggu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk yg best DP .. KakYa ada review ritu .. Nnt blh la baca hehehe ..

      Padam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.