Koolit Penyelesaian Terbaik Untuk Kulit Sensitif

June 23, 2020

Koolit Penyelesaian Terbaik Untuk Kulit Sensitif | Baik lelaki mahupun wanita pasti inginkan kulit yang bebas daripada masalah. Sekarang ni, pelbagai produk penjagaan kulit muncul bagaikan cendawan selepas hujan. Tapi kena hati hati dalam memilih produk yang berkualiti. Pastikan produk pilihan korang bebas dari bahan berbahaya. Apakata kita cuba Koolit. Pernah dengar tentang Koolit?

Baru baru ni, KakYa ada cuba produk Koolit. Sebenarnya KakYa try produk Koolit ni untuk Akif selepas mendapat banyak feedback positif mengenai poduk ni. Ramai cakap Koolit bagus untuk kulit dan yang paling penting produk ni mengandungi bahan semulajadi dan tiada bahan pewangi tambahan. Tu antara sebab utama KakYa guna Koolit.

www.akifimtiyaz.com

Bila dah ramai yang cakap bagus untuk kulit sensitif OPKOS la KakYa nak cuba sebab KakYa dan Akif memang jenis kulit sensitif dan tak boleh nak guna produk ikut suka jer. Kena hati hati bab penggunaan produk. Pernah la jugak satu ketika KakYa ada guna satu produk mandian. Lepas jer mandi kulit jadi merah dan gatal gatal. Asyik menggaru jer. Tapi sekarang dah ada Koolit KakYa tak pandang produk lain lagi dah. Koolit love my kulit.

Ok, KakYa nak kongsi kat sini apa produk Koolit yang KakYa guna. Tadaaaa inilah dia 3 produk Koolit yang serasi untuk KakYa dan Akif.

www.akifimtiyaz.com

Koolit Calming Cream, Koolit Soothing Lotion, Koolit Gentle Body Wash

Koolit Gentle Body Wash, Koolit Calming Cream dan Koolit Soothing Cream adalah 3 produk Koolit yang KakYa dan Akif sedang guna sekarang. Semua produk ni sesuai untuk semua jenis kulit bukan saja kulit sensitif. Jangan ingat produk ni hanya untuk kulit sensitif saja. No no no no ... Yang kulit normal pon boleh guna tau. Bukan sahaja sesuai untuk golongan dewasa, produk Koolit juga sesuai dan selamat digunakan untuk kanak kanak dan bayi. Jadi tak perlu risau kalau korang nak gunakan produk ni untuk anak anak dan bayi korang. 

Untuk pengetahuan korang, produk Koolit diperkayakan dengan;

• Ekstrak Akar Manis (anti-radang, 40x antioksidan dan mencerahkan kulit)
• Menyerap lebih pantas, melambatkan proses kehilangan air epidermis (TEWL) 20% dalam masa 24 Jam
• Terbukti dan efektif dengan harga berpatutan,
• Mempunyai pensijilan GMP  
• Diperakui selamat untuk kegunaan bayi (seluruh badan). 

Koolit Gentle Body Wash

www.akifimtiyaz.comKoolit Gentle Body Wash

www.akifimtiyaz.com

Cara Akif guna Koolit Gentle Body Wash. Sesetengah orang guna tanpa air dan tanpa bilas. Boleh jer mana mana yang korang suka. Tapi Akif ni dia suka guna dengan air masa mandi. Masa mandi ni la senang citer nak sental sikit kulit tu bagi sekata dengan Koolit Gentle Body Wash. Akif cakap lagi best guna masa mandi sebab semua tempat mudah jer nak sental. Boleh bagi kesan lebih baik pada kulit sebab semua tempat kena sental. 

Tapi kalau korang mempunyai masalah kulit kering hanya pada tangan, tak perlu guna air pon takpe. Korang hanya perlu sapu dan ratakan Koolit Gentle Body Wash pada kulit dan tunggu  seketika dan lap dengan menggunakan tuala lembap ataupon tisu basah. Dah setttle. 

Kelebihan Koolit Gentle Body Wash

• Tidak perlu dibilas (tanpa air, ratakan diatas kulit dan lap dengan tuala lembap).
• Wangian disahkan selamat oleh perbadanan antarabangsa IFRA.
• Mengandungi Vitamin C dan E.

Koolit Soothing Lotion

www.akifimtiyaz.comKoolit Soothing Lotion

www.akifimtiyaz.com

Akif ni jenis dia, sebelum ni dia susah nak pakai lotion ataupon krim sebab tak suka rasa melekit dan berminyak. Mudah rimas dan nak basuh jer kejenya.  Walaupon begitu KakYa paksa juga dia guna sebab kulit dia jenis sensitif. Kekadang kulit tu boleh berdarah sebab asyik menggaru. 

TAPI! Sejak kenal Koolit Soothing Lotion, dia suka sangat guna sebabnya tak melekit, tak berminyak dan mudah meresap pada kulit. Senang, dia sapu sendiri jer. Siang malam dia duk guna sebab tak nak bagi kulit kering dan tak nak menggaru. Dengan penggunaan yang kerap, menjadikan kulit lebih lembut dan sihat bermaya.

Kelebihan Koolit Soothing Lotion

• Kelembapan segera untuk kulit normal dan kulit kering.
• Diperkayakan dengan minyak Jojoba.
• Penyerapan pantas (dalam masa 10 saat).
• Vitamin E Semulajadi.
• Koolit Soothing Lotion boleh digunakan selepas pengunaan Gentle Body Wash.

Koolit Calming Cream

www.akifimtiyaz.comKoolit Calming Cream

www.akifimtiyaz.com
Koolit Calming Cream paling Akif suka. Mudah nak guna katanya. Dia suka jenis yang pakai picit camni. Koolit Calming Cream ni sama jugak dengan Koolit Soothing Lotion tak berminyak, tak melekit dan mudah meresap dengan baik pada kulit. Sapu macam biasa pada kulit yang gatal tangan, badan, kaki dan muka. Ya! Muka pon boleh.

Koolit Calming Cream ni best sebab bila apply kat kulit gatal yang ada tanda tanda dan marks kat kulit ianya menjadikan kulit lebih cerah semulajadi. Takde la nampak ketara tanda tanda bekas menggaru kat kulit.

Kelebihan Koolit Calming Cream

• Melembapkan kulit kering dan kulit kering sensitif
• Diperkayakan dengan minyak zaitun (untuk kelembapan kulit)
• Vitamin E Semulajadi
• Tanpa wangian
• Koolit Calming Cream boleh digunakan selepas pengunaan Gentle Body Wash.
• Boleh digunakan seberapa banyak kali dalam sehari.

www.akifimtiyaz.com


Koolit Serasi Untuk Kulit Akif

Kalau ikutkan KakYa dan Akif dah guna ketiga tiga produk Koolit sejak 10 Mac 2020. Kiranya dah 3 bulan lebih jugakla KakYa guna Koolit.

Setelah penggunaan ketiga tiga produk Koolit selama lebih kurang 3 bulan, KakYa nampak ada kesan dan perubahan ketara pada kulit Akif. Kulit dia dah tak kering macam dulu sebab hari hari KakYa akan ingatkan Akif untuk guna semua ketiga tiga produk Koolit ni bagi mengembalikan kesegaran kulit. Penggunaan  produk secara konsisten menjadikan kulit Akif lebih cepat memberi tindak balas. Alhamdulillah Koolit sesuai untuk kulit Akif dan dia pon sukakan produk ni. 

Sepertimana yang KakYa duk citer kat atas, semua produk Koolit mengandungi Vitamin E semulajadi. Korang tahu tak, Vitamin E bukan sekadar memberi kelembapan pada kulit malah bertindak menjaga kulit daripada radikal bebas yang merosakkan kulit di samping mengatasi masalah kulit kusam.

KakYa nampak sekarang ni kulit Akif lebih lembap dan licin. Licin tu sebab dah takde gatal gatal kat badan, tangan dan kaki. Produk kalau dah terbukti okey dan berkesan untuk kita dan family, tak salah la kan kalau KakYa nak ajak korang try sekali. Jadi KakYa suka nak ajak korang try produk Koolit ni dan rasakan kesannya. KakYa sangat recommed kat korang terutama yang ada masalah kulit kering. KakYa suka, Akif pon suka. Korang pasti suka!

Kesemua tiga produk Koolit boleh guna untuk keseluruhan tubuh badan. Senang kan, beli satu produk boleh guna untuk semua dari muka hingga ke kaki. Dapat berjimat kat situ okey!

Koolit adalah penyelesaian penjagaan kulit semulajadi dan berkesan yang direka untuk kulit sensitif. Bukan saja untuk kulit sensitif tetapi Koolit juga sesuai untuk semua jenis kulit.⁣ Koolit Understands Your Kulit!

Mana Nak Dapatkan Produk Koolit

Mesti korang tertanya tanya kat mana nak dapatkan produk Koolit ni. Okey produk Koolit boleh di dapati di Watsons, Shopee, Lazada dan juga farmasi terpilih. 

Harga semasa produk Koolit di pasaran;

Koolit Soothing Lotion RM35
Koolit Calming Cream RM48
Koolit Gentle Body Wash RM45

Harga berpatutan dengan kualiti dan kebaikan yang diperolehi. Dapatkan segera untuk kulit lebih sihat dan bebas masalah. 

Untuk mendapatkan maklumat lebih detail mengenai produk dan pembelian Koolit sila layari laman tertera di bawah;

Facebook: Koolit Malaysia
Instagram: koolitmy

Artikel Menarik yang Lain

37 Sahabat Setia

  1. Seronok akif pakai produk koolit ni. Budak2 pun boleh pakai ek kak lya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha aaa dia suka. Boleh IQ takde masalah .. Produk ni dari bahan semulajadi dan tak berbahaya utk kulit.

      Delete
  2. dua tiga hari ni ada baca pasal produk Koolit ni, bagus sebab sesuai untuk yang kulit kering...tu ingat nak belikan untuk Mak laaa..lepas buat kimo dulu, kulit dia kering manjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la Sis. Mana tahu sesuai ngan kulit mak Sis. Sebab setakat yang lya guna utk Akif mmg okey sangat dengan kulot dia. ..

      Delete
  3. alahai geramnya nengok lesung pipit akif tu ha...boleh mintak sebelah? hahaha!

    memang bagus ni untuk kulit sensitif macam saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Sunah nak mintak sebelah .. Sebelum ni ada yg mintak dua belah hahaha..


      Mmg bagus laa bagi KakYa sebagai pengguna. Bukan nak cakap suka2 jer bagus tapi bila dah guna dan rasa sendiri akan tahu laa produk ni mg bagus utk kulit.

      Delete
  4. kulit sensitif jugak, bila tak kena sabun mula la kulit menggelupas teruk. Good to know ada braand koolit untuk kulit sensitif. Makin handsome la Akif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana .. Yupp mula2 KakYa untuk untuk Akif pon dah rasa lain skit sebab ada sesetengah produk mula2 guna bkh jadi gatal lagi teruk pon ada.Tapi Koolit okey takde masalah aepanjang awal penggunaan hingga sekarang. .... Alahai tq tq tq tau. Nanti KakYa gtau Akif hehehe ..

      Delete
  5. Ranai gaknyg post mengenai kebaikan Koolit ni... nanti jika ke Watsons nak tgk lebih dekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Fas dah tengok lebih dekat nanti boleh la cuba. Bukan utk kulit sensitif jer .. Kulit biasa yg takde maslaah pon boleh guna ..

      Delete
  6. Bagusnya produk Koolit ni. Tak de pewangi tambahan.

    Harga murah. Packaging dia lawa kak. Hijau. Tgk pun berkenan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupppp Rubi. Setakat ni mmg ok laa anak akak guna. Ya takde pewangi. Berul.tu harga pon murah jer. Mampu beli la orang kata. Bab packaging mmg diperakui lawa. Hehehe akak mula2 tgk dah suka dah sebab warna hijau hehehe .

      Delete
  7. Produk yang mesra kulit macam ni mmg sesuai sangat utk kulit sensitif.

    Tengok packaging pun sejuk je mata mandang. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha aaa mmg mesra kulit dan sesuai sangat untuk.kulit sensitif.

      Delete
  8. harga berpatutan, nak cubalah nanti. mana tahu serasi dengan kulit saya. terima kasih share ya kak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha aaa harga pon berpatutan. Nanti boleh la cuba. Sama sama angah.

      Delete
  9. Blom cuba lagi produk ni.. Nampak cam bagus.. I pun ada sensitive skin.. Senang je menggelupas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh la try. Mana tahu sesuai dan berkesan untuk kulit you.

      Delete
  10. tk pernah dgr produk Koolit ni..oh ada dijual di watson..bole tgk nanti..tq share info produk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk ni baru lagi tapi dah ramai yamg guna sebab keberkesanannya. Sama2 ..

      Delete
  11. Tadi pi Watson tak perasan pula profuk ni, nanti try cari macam best je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti jenguk jenguk laa lagi hehehe. Boleh try .

      Delete
  12. produk yang boleh didapati di drugstore dan farmasi, alhamdulillah mesti bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat yang saya guna boleh dikatakan berkesan sangat la untuk kulit sensitif.

      Delete
  13. Akif jadi model berbayar tak ni?
    Menarik yer Lya produk-produk Koolit ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bab bayaran tu kena laa bagi jugak sebab dah tolong Umi banyak bab bergambar hehehe. Ha aa Yaya betul tu, produk pon bagus dna berkesan untuk kulit.

      Delete
  14. belum pernah cuba lagi. kalau saya memang kena cek dulu ramuan dia. kalau tak meragukan boleh beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba la. Bahan2 dia lon tak meragukan dan sesuai untuk semua jenis kulit.

      Delete
  15. macam menarik brand ni boleh lah try lagi-lagi yang ada kulit sensitif tu

    ReplyDelete
  16. Produk ni agak menarik. Sesuai utk anak2 yg berkulit sensitif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp ... boleh guna utk diri sendiri dan anak2 juga

      Delete
  17. Banyak jugak sis tengok review kata produk ni bagus. Nanti leh suh anak cuba sebab kulit dia sensitif sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hanny try la nanti. InsyaAllah berkesan .

      Delete
  18. macam selesa jeee . nak terai jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila. Try dulu mana tahu sesuai ngan kulit.

      Delete
  19. maaf nk tnye soothing lotion dgn calming cream tu ape beza..mcm same je fungsi untuk lembap kn kulit..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.