Group Makmal Makanan ( MaMa)

Group Makmal Makanan (MaMa) | KakYa ada join satu group kat facebook. Nama group tu, Makmal Makanan (MaMa). KakYa nampak group ni dalam posting Dr Fatimah Salim yang KakYa follow. Dr Fatimah Salim adalah doktor yang mengulas mengenai Snake Plant atau Lidah Jin yang viral  baru baru ni. KakYa salah seorang followers beliau di facebook. Dr Fatimah Salim ni admin kat group Makmal Makanan (MaMa). Selain Dr Fatimah Salim, ada beberapa lagi admin lain yang akan menjawap setiap persoalan yang muncul kat group. Korang boleh tanya apa saja berkaitan topik yamg tersenarai kat group. Jangan tanya topik pelik pelik sudah. 

www.akifimtiyaz.com
Group MaMa (singkatan kepada Makmal Makanan) telah di tubuhkan pada 15 May 2020. Harini 15 June 2020 genap sebulan group MaMa berada di facebook. Group MaMa telahpon mencapai 10 ribu ahli hanya dalam masa sebulan sahaja. Post pertama kat group MaMa pada 15 May 2020 oleh Dr Fatimah Salim sendiri.  Group MaMa ditubuhkan untuk membolehkan ahli berkongsi gambar masakan dan makanan serta menambah pengetahuan tentang sains dalam makanan. Kalau korang nak tahu kat group ada banyak topik yang dibincangkan. Wah! banyak topik rupanya kat group MaMa ni, antaranya; 

- Sains Dalam Makanan
- Pengetahuan Umum
- Hari Ini Saya Masak
- Masak Tak Jadi
- Bahan Mentah
- Ingin Tahu
- Tips & Petua
- Koleksi Resepi
- Peralatan Memasak  
- Masakan Warisan Kita

www.akifimtiyaz.com
Dengan adanya pengelasan topik seperti ini akan memudahkan kita untuk mencari topik mana yang kita NAK TAHU. Klik saja pada topik Koleksi Resipi untuk cari resepi maka akan keluar semua post berkaitan resepi. Lagi mudah dan cepat. KakYa suka group ni sebab dapat banyak dapat info dan ilmu berkaitan makanan dan barangan yang kita gunakan sehari hari. Pelbagai info menarik diketengahkan dan persoalan kita akan terjawap.

Dr Fatimah Salim ni peramah orangnya. Setiap persoalan pasti akan mendapat jawapan. Lagipon kat group ni takde unsur unsur nak berbahas itu tak kena ini tak kena seperti sesetengah group lain.  Ahli group pon sporting. KakYa lepak dalam tu, rasa tenang jer sebab duk baca info info menarik di samping intai intai  resepi masakan ahli group. 

Korang dah join ke group info dan berilmu ni? Kalau belum join, korang boleh join. Nanti boleh la korang kongsi info menarik yang korang tahu kat dalam group tu. Nak join group klik jer link ni https://www.facebook.com/groups/3804488832918570/  . Apa tunggu lagi jom join sekali. Nanti boleh la kita tambah pengetahuan bersama. 


Catat Ulasan

0 Ulasan