Gambar Raya PKPB

June 05, 2020

Gambar Raya PKPB | Setiap kali raya mesti akan ada gambar raya KakYa satu family. Biasanya akan ada gambar ramai ramai dengan family dan jugak adik beradik, mak ayah serta ipar duai. Tapi kalini berlainan benor nampaknya. Gambar raya kami macam tak cukup rencah dan tak cukup rasa. Huhuhuhu. Takde nampak cam suasana raya huhuhu. Tapi takpe la kena ada jugak gambar raya 2020 untuk simpan buat kenangan. Raya tetap raya walaupon musim PKPB. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin 
1 Syawal 1441H
24 May 2020
Raya PKPB


Tahun ni KakYa tak buat baju raya untuk anak anak. Camne  nak hantar kat tukang jahit kalau nak bergerak pon tak boleh. Anak anak pakai mana yang ada jer. Takpe la PKPB kita duk umah jer tak pegi mana mana. Takyah berbaju raya pon takpe. Pakai jer mana mana baju yang nampak baru ok la. Lagipon anak anak KakYa dah besar dan diaorang faham musim sekarang bukan boleh keluar sesuka hati ke sana ke mari. 

KakYa sendiri baru 3 kali keluar rumah sejak PKP PKPB. Anak anak memang tak keluar terus la kecuali Kakak ngan Iman ada keluar sekali sebab pergi ambil buku sekolah dan barang barang kat asrama sekolah diaorang. Tupon KakYa punya detak jantung takle nak tahan lajunya takut laa sebab diaorang pergi sekolah akan jumpa ramai orang kat sekolah. Tapi Cikgu dah pesan siap siap kena ikut SOP yang ditetapkan. Pakai mask, guna hand sanitizer dan jarakkan diri. Alhamdulillah anak anak faham.


Nak bergambar raya kat dalam rumah ni terhad sikit la tempatnya. Dengan cahayanya kurang, dengan suasana pagi raya yang tak berapa nak ada sangat. Masa ni tak letak apa apa pon lagi kat atas meja makan. Makanya gambar kami sekadar gambar jer la cumanya gambar ni diambil pada hari raya. Ada la jugak sikit nampak cam raya bila anak anak berbaju melayu dan berbaju kurung. Kakak tu pakai baju Umi tuuuu, baju tu Umi beli konon konon nak pakai masa pegi mesyuarat PIBG sekolah Iman. Tapi tak jadik pegi terus la tak pakai pakai. Boleh ler kakak pakai masa hati raya baru ni. Baju tu besar gedabak la jugak ngan dia sebab KakYa memang beli baju saiz besar sikit dari asal untuk KakYa pakai sekarang. 

Kakak cakap tak nak pakai baju raya tahun lepas dah kecik dah ngan dia. Aihh cepat benor membesar anak dara nan sorang ni. Banyak baju dah tak boleh pakai. Nak kena carik baju baru lepas PKPB tamat nanti. Baju baju Umi pon dah ada yang muat ngan dia. 


Anak anak KakYa alhamdulillah bagi kerjasama yang baik sepanjang bergambar. Tapi dalam bagi kerjasama tu ada la jugak gaduhnya. Kau tak betul duduk, aku senget, kau jauh sangat tak dekat, senyum macam tak nak senyum...  macam macam ada laa bila dah 3 ni bertemu. Tapi dapatla jugak gambar yang cantik dua tiga keping. Jadila daripada takde langsung untuk buat kenangan raya 2020. Raya PKPB katakan.

Ni muka siyess kakak. Kalau posing ngan Umi , dia suka sangat buat siyes masa bergambar. Mintak dia senyum pon susah. Ikut suka dia jer nak buat camne. Ni dia cakap style zaman sekarang buat muka cam takde perasaan camni la Umi. Macam macam laaa peel anak nan satu ni. Ikutkan jer la.

Ni anak kedua KakYa, Iman ni memang jenis seyes jugak tapi takde la siyes sepanjang masa. Ada masa muka tu muka gembira, ada masa muka siyes, ada masa pulak muka ketat. Ni muka ada senyum. Ok laa kalau senyum.

Ni anak bongsu KakYa, kalau ngan dia takyah suruh pon dia senyum. Dah memang hobi dia. Halakan kamera kat muka dia nah automatik senyum. Tak perlu nak ajar buat camtu buat camni. Ni dia kalau kakak ngan abang duk posing, dialah yang banyak duk mengajar suh buat camtu camni. Cikgu Fotografi katakan hahahaha ....

Buah hati pengarang jantung KakYa. Tulang belakang KakYa. Dialah suami, dialah kawan, dialah sahabat, dialah yang tukang support KakYa dari awal kawen hinggalah sekarang. Love you en suami. Suami KakYa ni jenis siyes jugak. Tak banyak gambar gambar kami berdua untuk diketengahkan. Sebab tak dapat izin nak upload gambar. Ni kira special kes ni sempena PKPB hehehe. Boleh la masukkan sekeping ajoo. 

Tadaaa ni kad raya digital KakYa untuk tahun 2020. Kad ni untuk adik beradik sedara mara dekat jer. Untuk yang jauh di mata dekat dihati. 

Ok lahhh sampai sini jer laa celoteh KakYa untuk kalini. InsyaAllah ada masa, ruang dan peluang KakYa akan bercerita lagi. Jumpa lagi sahabat. 

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. Samalah Sis, gambar raya tu je laaa yang ada di rumah, dengan adik badik gan Emak semua takde tahun ni...
    Selamat Hari Raya Lya...

    ReplyDelete
  2. Besar besar dah semua. Selamat hari raya maaf zahir batin kak

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.