Duit Raya Di Syawal Ke 28

June 21, 2020

Duit Raya Di Syawal Ke 28  | Semalam 28 Syawal, anak anak KakYa dapat duit raya. Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. Terima kasih pada yang memberi. Ni kiranya duit raya penutup Syawal la. Dah nak habis Syawal dah kita kan? Kejap jer masa berlalu, sedar tak sedar dah nak masuk bulan baru. Moga dapat kita bertemu lagi di Syawal akan datang. InsyaAllah aamin aamin.


Duit raya anak anakpon dah selamat masuk ke Tabung Haji masa raya kelima ke keenam baru baru ni, lupa dah KakYa bila abah diaorang bawak masuk semua duit raya kat Tabung Haji.  Duit raya yang baru dapat ni kita campur sekali la dengan duit tabung yang lain nanti.

Senang hati sikit bila dah simpan duit anak anak. Tiap tiap tahun memang KakYa akan simpan duit raya dan duit tabung diaorang kat Tabung Haji. Sejak diaorang kecik lagi dah bukak satu akaun TH kat diaorang. Alamdulillah anak anak KakYa jenis yang suka menyimpan daripada membeli benda benda yang takde faedah. Anak anak sejak kecik dah diajar cara menyimpan. Sebab tu la semua duit lebihan belanja sekolah diaorang akan simpan elok elok dalam tabung. Bila dah cukup sebulan, KakYa akan masukkan kat Tabung Haji. Tambah sikit sikit cukupkan amaun untuk diaorang.

Alhamdulillah moga terus bertambah duit tabungan diaorang untuk mengerjakan haji satu hari nanti. Aamin aamin.


Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.