Cabut Gigi Di Musim PKP

June 16, 2020

Cabut Gigi Di Musim PKP | Cerita pagi tadi. Pagi tadi KakYa bawak Insyirah dan jugak Akif untuk check gigi. Gigi Akif yang geraham atas tertanggal tampalannya sebelum PKP lagi. Tapi masa nak bawak dia pergi Klinik Gigi, tetiba pulak PKP sebab COVID19. Makanya tertangguh la nak pergi. Bila dah tamat PKP dan sekarang PKPB KakYa rasa memang kena pergi jugak secepat mungkin. Makanya arini baru ada kelapangan untuk bawak diaorang  ke Klinik Gigi. Bimbang jugak sebenarnya nak bawak diaorang keluar tapi semalam KakYa dah call Klinik Gigi dan dah tanya prosedur yang perlu diikuti. Takde la rasa bimbang sangat. 



















Sebelum masuk ke klinik, ada saringan kat luar untuk ambil data peribadi dan jugak check suhu. Lepas dah check, kalau takde demam batuk, dan selesema terus boleh masuk. Alhamdulillah kami bertiga takde masalah kesihatan harini. KakYa walaupon masih batuk lagi, tapi masa pergi klinik tadi takde pulak batuk batuk. Alhamdulillah dipermudahkan urusan anak anak.


www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

Alhamdulillah takde adegan menangis.  Macam selalu la dak kecik ok jer. Cuma masa Dr nak tarik  gigi geraham tu dia macam rasa sakit sikit,  berkerut muka duk menahan sakit. Ya la gigi geraham tu tertanggal tampalan dan takde goyang pon lagi memang susah sikit la nak cabutnya. Tapi kejap jer, mudah sangat Dr tarik sekali jer lepas dua tiga kali goyang. Dah cabut dua gigi geraham susu. 

www.akifimiyaz.com


















Kakak pulak dia cakap gigi geraham cam berlubang. Bila jumpa Dr, doktor cakap gigi kakak bukan berlubang tapi gigi ada lekuk sikit tak  payah buat apa apa. Kalau ada makanan terlekat Dr suruh guna floss jer. Ok la kalau gitu senang sikit hati dengar, sebab sejak dua menjak ni dia cakap kalau makan jer makanan mudah melekat kat gigi tu ingatkan gigi berlubang. 

www.akifimtiyaz.con


















Alhamdulillah selesai urusan cabut gigi Akif dan check gigi kakak pagi tadi. Lepas ni jaga gigi elok elok okey anak anak.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Akak pun x berani nak pi klinik gigi..kalau rasa sakit gigi terus telan pain killer jer walau tau x bagus...

    ReplyDelete
  2. Aduh sejka-sejak ni banyak betul baca semua sakit gigi, naik nyilu plakk... ni lama gak tak pi check gigi..huhuhu

    ReplyDelete
  3. saya pun duk tengah menunggu nak bawak anak-anak jumpa dentist sejak pkp hari tu, tapi belum ada tarikh yang sesuai. huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.