Allah Dah Susun Cantik-Cantik Jalan Cerita Kita : La Tahzan Dan Teruskan Fikir Positif

June 16, 2020

Allah Dah Susun Cantik Cantik Jalan Cerita Kita : La Tahzan Dan Teruskan Fikir Positif | Perjalanan hidup kita di dunia ini telah di susun sebegitu cantik oleh Allah SWT. Jalan cerita kita diatur sebegitu sempurna, sebegitu cantik oleh Allah SWT. Terserah bagaimana kita untuk menjadikan diri kita sentiasa berfikiran positif.

www.akifimtiyaz.com
Kadang kadang manusia ni punya sifat yang susah nak fikir positif, kat dalam kepala dia asyik yang negatif jer. Ni jenis manusia yang ada penyakit yamg dinamakan penyakit hati. Kita tak nampak tau penyakit ni kalau nak suluh dengan lampu sekalipon memang takkan nampak. Sebab penyakit ni duk jauh kat dalam hati. Sebab tu jugak la namanya penyakit hati. Orang yang ada penyakit hati ni kan, dia sukar nak terima teguran, sukar nak dengar nasihat, jenis yang tak suka berbuat perkara baik apatah lagi nak berfikir secara positif. Memang takde la.

Apa Nak Buat Bila Ada Penyakit Hati 

Sebelum melangkah ke apa nak buat bila ada penyakit hati, kita senarai dulu apa penyakit hati yang ada. KakYa bagi dua tiga contoh penyakit hati antaranya sombong, riak, dengki, takbur,  dendam, ujub dan banyak lagi. Apa nak buat ni bila dah ada penyakit hati cam gini? Tak lain tak bukan, KENA BERSIHKAN HATI.

Penyakit hati bila dah bersarang lama sukar nak jadikan korang bersifat positif apalagi nak jadi baik. Nak tak nak kena kikis sikit sikit penyakit hati tu. Bila dah kikis hari hari lama lama hati akan bersih. Percayalah bila hati tu dah bersih, suci murni, lepas ni mudah la untuk terima nasihat, terima teguran dan hidup jadi ebih positif. Jadi kalau korang ada penyakit hati, beraihkan dulu hati korang, polish hati tu bagi berkilat bagi bersinar.

Bila Ada Masalah Mengadu Dengan Allah Bukan Dengan Manusia 

Setiap masalah yang kita lalui hari hari, itu semua dari Allah SWT. Apa saja yang terjadi dalam hidup kita, telah ditentukan oleh Allah SWT. Jadi bila kita tahu semua masalah itu dari Allah, apa kita perlu buat? Kita minta tolong dengan Allah. Minta tolong sungguh sungguh dengan Allah agar masalah kita dapat diselesaikan. InsyaAllah, Allah akan bagi jalan  terbaik untuk kita selesaikan masalah tersebut. Apa yang penting kita kena solat bila sampai waktu, solat wajib jangan tinggal, solat sunat, zikir dan istighfar selalu, baca al quran dan  buat amalan yang di sukai Allah. 

Jangan lupa untuk berdoa, doa, doa dan usaha.  Yang selebihnya kita tawakkal pada Allah. Mohon pada Allah selesaikan masalah kita. Kita kena percaya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya jika kita berusaha untuk menyelesaikannya. Pastikan kita sabar dan yakin dengan kuasa Allah SWT. Semoga kita terus jadi insan yang berfikiran positif. Allah dah susun cantik cantik jalan cerita kita : La Tahzan dan teruskan fikir positif.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. La Tahzan, buku ni slalu sya bace untuk positifkan diri.
    Good info kak

    ReplyDelete
  2. He is The Greatest Planner.. yakinla sentiasa percaturanNya adalah yang terbaik buat kita..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.