Alhamdulillah Syukur Ya Allah Bila Diri Di Kelilingi Sahabat Positif

June 22, 2020

Alhamdulillah Syukur Ya Allah Bila Diri Di Kelilingi Sahabat Positif | Alhamdulillah Syukur Ya Allah, di usia KakYa yang bakal menginjak ke usia 40 tahun sedikit masa lagi KakYa diberi peluang untuk dihadirkan sahabat positif yang sentiasa ada saat KakYa perlukan bimbingan dan sokongan. Alhamdulillah sangat sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT untuk nikmat dan anugerah yang tak ternilai ini. Semoga perubahan ini membawa lebih banyak kebaikan dan kesyukuran dalam diri KakYa dalam mencari seberapa banyak ilmu sebelum ajal menjemput tiba. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Alhamdulillah tengahari tadi KakYa terima pemberian hadiah daripada salah seorang sahabat syurga PSC GT5P Kak Suhailah Mustafa. Hadiah berupa buku buku tulisan Cikgu Razali Kamarudin yang pernah KakYa join kelas online beliau pada 5 May - 11 May 2020 masa bulan puasa baru baru ni. Kelas 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat. Terima kasih Kak Sue atas pemberian penuh makna ini. 

Ini adalah hadiah ketiga yang KakYa terima sepanjang dua bulan ini. Sebelum ni Kakya ada dapat hadiah pemberian daripada sahabat PSC GT5P berupa buku buku agama dan buku motivasi. Alhamdulillah KakYa dahpon selesai  baca semua buku dan masih lagi ulang ulang baca buku buku tersebut dan sedang dalam proses menghafal nama nama Asmaulhusna. Doakan KakYa ya sahabat. 

Buku Ku Seru Nama-Mu Ya Allah dan Al Mathurat Dengan Bicara Hati Asmaul Husna, hadiah daripada Kak Mas, Kak Anim dan Kak Laila. Terima kasih atas pemberian bermakna ini wahai kakak kakakku. Syukur Alhamdulillah, KakYa dapat gali dan tambah ilmu lagi dengan buku buku ini. Semoga buku buku ini akan terus memberi lebih manfaat buat KakYa sekeluarga. Aamin aamin Ya Mujib.


17 Formula Tarik Rezeki hadiah daripada Kak Junita. Alhamdulillah buku yang memotivasikan diri KakYa untuk jadi lebih baik daripada sebelum ni. Terima kasih sahabat atas pemberian ini. Semoga perkongsian daripada buku ini akan terus memberi banyak manfaat buat KakYa dan family. Aamin aamin. 

Terima kasih buat semua sahabat positif PSC GT5P. Semoga ukhuwah yang terbina antara kita akan terus berpanjangan. InsyaAllah menuju syurga. Aamin aamin Ya Mujib. 

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.