Alhamdulillah! Punyalah Seronok Dah Boleh Rentas Negeri Sampai Tak Tahu Nak Pergi Mana

June 09, 2020

Alhamdulillah! Punyalah Seronok Dah Boleh Rentas Negeri Sampai Tak Tahu Nak Pergi Mana  | Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dah umum dalam siaran langsung perutusan khas pada 7 jun 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 - 31 Ogos 2020. Terima kasih PM. Bila dah tahu boleh rentas negeri, KakYa tengok kat social media ramai duk updated status nak pergi sana  la, nak pergi sini la, nak balik kampung, nak pergi bercuti dan ramai jugak yang tak tahu nak pergi mana. Lama sangat duk rumah hingga tak tahu dah nak pergi mana.


Rentas Negeri Di Benarkan Bemula 10 Jun 2020

Rentas Negeri dah dibenarkan. Alhamdulillah Syukur Ya Allah. Dah boleh rentas negeri dah kita. Ha aa Tok Abah dah bagi kelonggaran untuk rentas negeri tu, jadi apa tunggu lagi siap sedia la kita Balik Kampung. Ho ho ho balik kampung ho ho ho balik kampung. Hati riang. Agak agak ni boleh balik kampung tak ni. "Seronok sangat suka suka tu boleh balik ke tu? " Tanya en suami dari dalam bilik. Aikkk!!!

Kesihatan Tak Mengizinkan 

Hati KakYa ni memang meronta ronta sangat sangat nak balik kampung. Nak sangat sangat jumpa mak ayah dan adik beradik yang dah lama tak jumpa. Last KakYa balik kampung raya tahun lepas. Lama benor dah tak balik. Lama kan KakYa tak balik, huhuhuhu.  Adik beradik KakYa yang jauh dan dekat, masing masing dah updated tarikh bila nak balik. Nak jumpa ramai ramai. Tapi .....

Batuk Datang Lagi 

Tapi KakYa ni dalam dilema lagi. Keadaan kesihatan tak mengizinkan untuk KakYa balik kampung buat masa sekarang. Batuk berterusan sejak akhir puasa baru baru ni, kesihatan KakYa sedikit terjejas. Tiap tipa tahun KakYa selalu kena batuk camni. Biasa kan berulang alik ke hospital la. Bukan setakat batuk, bersambung sambung dengan tekanan sakit dada yang buat hari hari KakYa suram sikit la sekarang ni. Ya la bila dah batuk mula la sakit tubuh badan dan paling teruk sakit bahagian dada yang macam menyucuk nyucuk yang kadang kadang macam  jadi sebak pon ada. 

Malam jer mula la batuk tak henti henti hinggakan makan ubat pon tak jalan. Biasa kalau KakYa makan ubat batuk, mula laa mamai nak jatuh jer. Mata jadi mengantuk pastu mesti tidur punyala. Masa tu jer rasa ok sikit. Pastu datang batuk lagi dan lagi. Moga batuk ni cepat baik hendakNya. Aamin aamin Ya Allah Ya Mujib. 

Bukan tak nak balik kumpul ramai ramai tapi dengan keadaan sekarang KakYa kena pentingkan kesihatan dulu. InsyaAllah lain kali boleh balik lagi bila dah sihat. Lagipon tak best nak buat aktiviti ramai ramai bila kita tak sihat. 

Tak Boleh Balik Kampung Nak Pergi Mana?

Balik kampung tak boleh .. Nak pegi mana kita? Seronok sangat dengar dah boleh rentas negeri sampaikan dah tak tahu nak pergi mana lagi selain balik kampung. Tu la tanda seronok sangat. Tak tahu nak pergi mana dah sekarang ni. KakYa punya seronok bukan apa, sebab boleh rentas negeri konon konon nak balik jumpa mak ayah yang penting. Tu yang seronok sangat tu. Anak anak pulak suka la sebab dah boleh keluar jalan jalan. Diaorang duk rumah jer sepanjang PKP, PKPB ni. 

Alhamdulillah bila dah boleh keluar rumah ni, happy la sikit anak anak. Tapi semalam Akif dah keluar jalan jalan ngan abah dia. Bosan jugak duk rumah sementara nak tunggu berbuka puasa sunat syawal. Tu yang semalam abah dia bawak pegi jalan jalan kat Kemaman. Suka la dak kecik dapat keluar rumah. Kalau tak kat dalam rumah jer la tiga beradik ni. 

Korang cadang nak ke mana mana ke hujung minggu ni sempena PKPP ni? Dah plan bebetul ke mana nak dituju? Nasihat KakYa, walau di manapon kita berada, jaga diri dan sentiasa berhati hati. Jangan lupa bawak hand sanitiser dan pakai mask elok elok okey. Semoga kita semua terpelihara dari sebarang penyakit. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.