Zikir Dan Doa Untuk Dapat Zuriat

Zikir Dan Doa Untuk Dapat Zuriat | Alhamdulillah syukur Ya Allah, terima kasih Ya Allah dengan izinMU petang sebelum berbuka ini KakYa dapat  kongsi ilmu bersama sahabat KakYa. KakYa percaya setiap orang ada ujian dan dugaan dalam hidup masing masing. Ada yang di uji berkahwin bertahun tahun tapi belum lagi dikurniakan zuriat.

Pelbagai cara telah diusahakan namun masih belum berhasil. Tapi biar apapun dugaan dan ujian yang kita hadapi, perbanyakkan sabar dan bertabahlah dalam mengharungi hidup ini. Selalulah berdoa dan berikhtiar untuk terus mendapatkan zuriat tanpa berputus asa. Sebenarnya lambat atau cepat kalau Allah izinkan pasti kita akan mendapat zuriat satu hari nanti. Doa doa dan teruskan istiqomah berdoa.

www.akifimtiyaz.com

KakYa nak kongsi zikir dan doa yang boleh diamalkan untuk mendapat zuriat. Zikirkan nama nama Allah seperti dibawah setiap hari.

1. Ya Allah ~ 100x
2. Ya Kholiq ~ 100x
3. Ya Baari' ~ 100x
4. Ya Musowwir ~ 100x
5. Ya Razzaq ~ 100x
6. Ya Fatah ~ 100x
7. Ya Karim ~ 100x

Maksudnya :

Ya Kholiq ~ Maha Pencipta
Ya Baari' ~ Maha Perancang
Ya Musowwir ~ Maha Pembentuk
Ya Fattah ~ Maha Pembuka
Ya Razzaq ~ Maha Pemberi Rezeki
Ya Karim ~ Maha Memberi Tanpa Diminta

Selesai zikir nama nama Allah, jangan lupa baca doa dibawah setiap masa. Jangan putus asa.  Teruskan berdoa. Allah mendengar tiap doa kita dan Allah akan makbulkan pada bila bila masa. Bulan Ramadhan ni amalkan dan terus amalkan setiap masa. 

Doa mustajab yang boleh diamalkan:

Ù‡ُÙ†َالِÙƒَ دَعَا زَÙƒَرِÙŠَّا رَبَّÙ‡ُÛ¥ ۖ Ù‚َالَ رَبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙ‰ Ù…ِÙ† Ù„َّدُنكَ Ø°ُرِّÙŠَّØ©ً Ø·َÙŠِّبَØ©ً ۖ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ سَÙ…ِيعُ ٱلدُّعَآØ¡ِ

Hunaalika da'aa zakariyyaa rabbahu qaala rabbi hab lii min ladunka dzurriyyatan thayyibatan innaka samii'u ddu'aa'-

Maksudnya:

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa.”

(Surah Al-Imran: 38)

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.