Ya Allah Jadikan Aku Insan Yang Bersyukur

Ya Allah Jadikan Aku Insan Yang Selalu Bersyukur | Ya Allah jadikanlah aku seorang yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah aku miliki agar jadi modal untuk berubudiyah (beribadah mengabdikan diri ) kepadaMU. Ya Allah sedarkanlah bahawa hidup hanyalah masa yang dipinjamkan dan ada amanah yang dipertanggungjawabkan untuk aku galas.

Ya Allah sesungguhnya aku...

1. Bersyukur atas nikmat nafas yang masih KAU pernafaskan. 
2. Bersyukur atas keluarga yang KAU anugerahkan..
3. Bersyukur atas setiap pekerjaan yang telah KAU galaskan. 
4. Bersyukur atas kesihatan yang masih baik hingga saat ini. 
5. Bersyukur atas rahmat serta nikmat kesedaran dan kefahaman yang KAU berikan. 
6. Bersyukur kerana dapat bersyukur walau masih ada lompang agar KAU pelihara aku dari sifat sombong dengan apa yang KAU berikan.
7. Bersyukur atas apa yang telah KAU perjalankan dalam hidup selama ini. 

Ya Allah sentiasa sedarkan aku bahawa semuanya bukan milik aku, semuanya milik KAU Ya Allah. Aamiin Ya Allah. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah.
                     
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمٍِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهأَجْمَعِيْن
                           
Ya Allah janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya Allah. 

Ya Allah berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.

Ya Allah, terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini. 
Ya Allah kami memohon seandainya kami tidak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, orang yang kami sayang dan sahabat kami, kami mohon Ya Allah bahagialah mereka dengan kasih sayang Mu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari hari mendatang kami.

Ya Allah jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah kami memohon kepada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya Allah mudahkan segala urusan kami, limpahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia. 

Ya Allah tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh.

Ya Allah kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya Allah kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya Allah perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut. 

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Aamiin.jauhkan kami dari menjadi hambaMU yang mudah kufur atas setiap nikmat.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.