World Quran Hour 2020

World Quran Hour 2020 | World Quran Hour pada 13 Mei 2020 hari Rabu bersamaan 20 Ramadhan 1441H akan bermula pada 12.00 tengahari sehingga 1.00 petang.

WORLD QURAN HOUR
13 MEI 2020 | 20 RAMADAN 1441H
12:00 TENGAHARI - 1:00 PETANG

www.akifimtiyaz.com

















Marilah kita bersama-sama menyokong World #QuranHour 2020 yang akan berlangsung serentak di seluruh dunia pada 20 Ramadan 1441H bersamaan hari Rabu, 13 Mei 2020 bermula jam 11:00 pagi dengan membawa misi Surah Ar-Rahman, 55: 1-78 sebagai solusi mengembalikan keharmonian global, Reboot Global Harmony. 

www.akifimtiyaz.com


















Pelaksanaan Malaysia #QuranHour telah bermula sejak tahun 2015 dan World #QuranHour  bermula pada tahun 2016 secara tahunan.  Sehingga tahun 2019,  pelaksanaan World #QuranHour telah diadakan di lebih 3000 lokasi berdaftar di seluruh Malaysia, 300 lokasi berdaftar di 76 buah negara dan telah mencapai 1.46 bilion capaian di media sosial.

1 jam berinteraksi dengan Al-Quran, Baca, Faham dan Amal bermula 12 tengahari hingga 1 petang hari Rabu, 13 Mei 2020 bersamaan 20 Ramadan 1441H. 

Apa yang perlu dilakukan?

▪Ikuti dari rumah atau ruang kerja masing-masing. Siapkan Al-Quran Terjemahan

▪Ikuti siaran langsung di TV Alhijrah, RTM, Bernama TV, Astro Oasis ATAU

▪Ikuti di atas talian di FB  Sinar Harian, World Quran Hour, TV Alhijrah

▪Sebagai solidariti bersama, semasa 1 jam World #QuranHour, ambil gambar sendiri atau bersama keluarga dan rakan (jaga penjarakan sosial) dan pos ke media sosial dengan tanda pagar: *World #QuranHour*

▪*Sekiranya ada yang ingin mendapatkan placard dan bahan rujukan World #QuranHour 2020, sila ke link:  http://bit.ly/BAHANWQH2020* 

Bersama-sama kita doakan keharmonian global dengan Kalam dari Ar Rahman. Kita gemakan Surah Ar Rahman, 55: 1-78, dari Malaysia dan Indonesia ke seluruh dunia

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.