The Power Of Sadaqah

The Power Of Sadaqah | Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahwa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya. Subhanallah alhamdulillah syukur Ya Allah.

www.akifimtiyaz.com











Adakah kamu tahu antara kebaikan kebaikan sedekah itu?

• Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

• Sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang.

• Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan InsyaAllah menjauhi api neraka jahanam.

• Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.

• Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

• Sedekah mampu menyucikan roh dan menambah pahala kebaikan.

• Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT.

•  Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.

• Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa dosa yang telah dibuat.

• Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda.

• Orang yang memberi sedekah ialah orang yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT .

• Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT InsyaAllah.

• Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang yang disayangi oleh masyarakat.

• Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.

• Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa doa akan dimakbulkan Allah SWT InsyAllah.

• Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.

• Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup.

• Sedekah adalah ubat.

• Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.

• Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang atau burung burung.

Bersedekahlah dengan niat kerana Allah SWT. Aamin aamin. 

Catat Ulasan

0 Ulasan