Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

May 23, 2020

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri | Persoalan mengenai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 sempene PKP akibat wabak COVID 19. Soalan yang ditanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus ini di jawap dengan cara paling ringkas dan mudah untuk kita faham. Semoga kita dapat menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna. InsyaAllah. 

Soalan :

Oleh kerana masjid tidak buat solat hari raya pada tahun ini boleh tak ustaz sebut cara cara nya kerana kami nak solat hari raya di rumah?

JAWAPAN :

InsyaAllah saya sebutkan disini secara ringkas :

Mulakan dengan takbiratulihram seperti biasa dan berniat dalam hati :

“Sahaja aku solat sunat hari raya fitri 2 rakaat imam kerana Allah Taala”

Kalau makmum niatkan dalam hati :

“Sahaja aku solat sunat hari raya fitri 2 rakaat makmum kerana Allah Taala”

Kemudian sunat membaca doa iftitah.

Selepas membaca doa iftitah disunatkan bertakbir sebanyak 7 kali dengan mengangkat tangan.

Selepas bertakbir itu disunatkan mengucap setiap lepas takbir :

سبحان الله والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر

Kemudian membaca ta’awuz iaitu

 أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

Dan membaca Fatihah.

Kemudian membaca surah seperti solat-solat yang lain.

Surah yang afdhal dibaca selepas fatihah ialah surah yang disebut dalam hadith Rasulullah saw membacanya.

Antara surah yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ialah surah ق dan surah القمر dan surah الأعلى dan surah الغاشية 

Dan jika dibaca akan surah-surah yang lain maka hukumnya adalah harus.

Kemudian lakukan rukuk dan iktidal dan sujud dua kali dan kemudian naik ke rakaat yang kedua.

Apabila sudah berdiri betul pada rakaat yang kedua maka sunat pula bertakbir 5 kali dan disunatkan membaca dan mengangkat tangan sebagaimana pada rakaat yang pertama dan membaca tiap selepas takbir :

سبحان الله والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أك

Kemudian lakukan seperti solat yang lain iaitu membaca fatihah dan surah kemudian rukuk dan iktidal dan sujud dan duduk membaca tahyat akhir dan memberi salam.

Sunat dibaca akan khutbah selepas memberi salam tetapi jika hanya melakukan solat sahaja tanpa membaca khutbah maka hukum solatnya adalah sah.

wallahua’lam

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

  1. Terima kasih atas perkongsian. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tuan blog ni ya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.