Resipi Cornflakes Almond Crunchy Cookies

Resepi Cornflakes Almond Crunchy Cookies | Raya dah nak dekat dah ni. Korang dah buat biskut raya ke belum? Hehehe duk tanya orang diri sendiri pon satu biskut raya pon takde lagi ni. Tahun ni tatau la nak beli kat mana. Acik yang buat kuih raya sedap yang KakYa selalu beli biskut raya tu dah pindah dah huhuhuhu. Camne la nak carik kuih raya sedap sesedap kuih raya dia buat. Dah la musim PKP sekarang ni lagi susah nak jumpa orang jual huhuhu.

Tapi kalau korang jenis yang suka buat biskut raya, karang takyah bimbang la sebab nak buat biskut raya cukup mudah. Nak resipi biskut raya apa .. google jer dah dapat resipi. Tak gitu? Tapi  haaa ada tapi jugak wak! Kekadang kan dia punya resipi tu walau kita ikut bulat bulat takde tambah takde kurang tang mana mana  pon tapi kita ikuttttt jer, TAK JADIKK JUGAK. Last last biskut tunjuk tunjuk jer la lagi senang. Dari duk pening kepala mikir kat biskut raya tak jadik baik kita beli yang siap jer. Tapi kalau korang nak buat jugak nahhhh cuba try buat Cornflakes Almond Crunchy Cookies. Nampak mudah dan senang jer nak buat sebab tu la KakYa kongsi resipi Cornflakes Almond Crunchy Cookies kat sini.

Ala sebelum bagi resipi ni kena la bagitau dulu kat mana KakYa dapat resipi Cornflakes Almond Crunchy Cookies ni. Ok KakYa dapat dari tukang buat biskut terkenal kat Malaysia ni AZLINA INA.  Biskut dia kalau korang ikut bebetul memamg conpemmm jadila biskut tu nanti. Pn Ina ni, bukan biskut jer la dia buat. Macam macam dia  buat, terer dia ni .. semua dia buat jadikk helokkk jer. Pastu kan ramai yang try buat biskut guna resipi Pn Ina ni memang ramai cakap menjadi kejadian biskut diaorang. Sedap dimakan begitu sajaaaa. 

Hahahaha.. banyak pulak melalut aihhhh, tengok jer la dulu bahan bahan apo yang perlu nak buat Cornflakes Almond Crunchy Cookies. Nanti jangan tak buat pulak dah bagi resipi sesiap ni. Buat laa ya sebalang dua untuk keluarga terchentaaa.. 

Cornflakes Almond Crunchy Cookies

www.akifimtiyaz.com

Bahan-Bahan Cornflakes Almond Crunchy Cookies

• Almond slice (bakar dulu)
• 3 1/2 cawan tepung gandum
• 1/4 cawan susu tepung
• 1 sudu besar emplex
• 1/2 cawan tepung jagung
• 1/2 sudu teh baking powder
• 2 cawan cornflakes ramas kasar
• 500g butter (suhu bilik)
• 1 1/4 cwn gula perang
• 1 biji kuning telor
• Sedikit pewarna kuning lemon
• Esen vanila

Cara-Cara Buat Cornflakes Almond Crunchy Cookies

• Gula dan butter dikacau sebati. Pakai tangan boleh nak pakai mixer pon boleh. Boleh ajer takde masalah dikemudian hari. 

• Masukkan telur dan esen vanila dan kacau lagi. 

• Masukkan pewarna kuning lemon dan sebatikan.

• Kemudian masukkan campuran beberapa jenis  tepung kat atas sana dan cornflakes serta baking powder.

• Masukkan almond dan gaul lagi bagi sebati. 

• Bentukkan adunan pakai hujung jari dan sapu sedikit kuning telur yang dah dicampur susu dan pewarna kuning. 

• Tabur cornflakes yang dah diramas kasar. Tabur setakat mana yang korang suka. Tabur jer la kalau dah suka. 

• Bakar selama 15-20 minit.

www.akifimtiyaz.com
Biskut Cornflakes Almond Crunchy Cookies Pn Azlina Ina. Bukan biskut KakYa hehehe. 

Sumber: Group Biskut Raya 2019 tapi telah di olah resipi dengan ayat ayat KakYa sesikit. Tambah bagi rasa ayat tu hehehe. Ayat jer olah resipi maintain tak larikk .. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. wow sedapnya. kalau berasaskan cornflake mesti mama suka

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.