Resipi Biskut Dahlia Nutella

Resipi Biskut Dahlia Nutella | Biskut Dahlia  ataupun Semperit adalah salah satu biskut kegemaran KakYa dan keluarga bila tibanya hari raya aidilfitri. Biskut Dahlia antara  biskut kegemaran yang KakYa akan beli bila nak sambut raya. Pendek kata setiap tahun KakYa akan beli atau tempah Biskut Dahlia dan beberapa biskut lain bagi menyambut aidilfitri. Kesedapan rasa Biskut Dahlia yang lembut dan cair di mulut amat memikat hati KakYa untuk terus mencuba. Nama pon Biskut Dahlia memang tak sah kalau tak cair di mulut. Alahai rindunya nak makan Biskut Dahlia dulu dulu.

Ni rupa Biskut Dahlia dulu dulu. 

KakYa lebih suka Biskut Dahlia resipi dulu dulu. Masa zaman KakYa kecik kecik dulu,  Mak KakYa memang selalu buat Biskut Dahlia ni. Adunan rasa resipi turun temurun warisan dahulu pastinya melazatkan lagi Biskut Dahlia. Mana nak sama kalau nak dibandingkandengan Biskut Dahlia versi sekarang. Dulu nak buat Biskut Dahlia ni tak perlukan banyak bahan dalam 4 ke 5 bahan sahaja. Tapi sekarang dah macam macam bahan di tambah untuk membentuk sejenis biskut bernama Biskut Dahlia.

Zaman sekarang ni dah macam macam versi Biskut Dahlia yang muncul. Antaranya Biskut Dahlia Nutella. Sebut jer Biskut Dahlia Nutella dah boleh bayang dah ni, mesti sedap ni. Tahun ni ingatnya nak la cari sebalang dua Biskut Dahlia Nutella untuk makan masa raya nanti. Biasa makan Biskut Dahlia Susu kan? Kalini kita try tukar pulak la ke Biskut Dahlia Nutella.

Resipi Biskut Dahlia Nutella


www.akifimtiyaz.com

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BISKUT DAHLIA NUTELLA

½ cawan butter
¼ cawan susu pekat
Sedikit esen vanilla
1sudu besar tepung kastard
2 cawan tepung jagung (anggaran)
2 sudu besar nuttela
1 sudu besar serbuk koko

CARA MEMBUAT BISKUT DAHLIA NUTELLA

1.Mix sebati butter, susu dan esen vanilla.
2.Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Tepung jagung masuk sedikit demi sedikit sehingga menghasilkan doh yang diingini.
3.Bahagi 2. Bahagian pertama biarkan plain. Bahagian doh kedua tambah nuttela dan serbuk koko. Kalau adunan lembik sangat boleh tambah sedikit tepung jagung.
4.Cantumkan doh dan masuk dalam acuan Biskut Dahlia.
5.Panaskan oven pada suhu 170 lima minit. Kemudian bakar pada suhu 160 selama lebih kurang 20 – 25 minit. Tengok le oven masing-masing.

Dah siap! Boleh la menjamu selera dengan gembira di hari raya nanti sebab dah ada Biskut Dahlia Nutella ni. Nanti korang boleh la cuba buat untuk suami dan anak anak. 


Catat Ulasan

0 Ulasan