Resipi Ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bestari

May 19, 2020

Resipi Ayam Goreng KFC Guna Tepung Bestari | Siapa kat sini suka makan Ayam Goreng KFC? Nak tak kalau KakYa kongsi resipi ayam goreng ala KFC? KakYa dah cuba dah buat ayam goreng ni hanya guna Tepung Bestari jer.  Ya! Guna Tepung Bestari je korang. Petang ni KakYa nak kongsi resipi ayam goreng ala KFC guna Tepung Bestari. Bukan setakat ayam goreng ala KFC jer KakYa nak bagi resipi tapi nak bagi jugak resipi kentang putar, sos black paper dan juga coselow ala KFC gitu. Sebijik la orang kata macam KFC punya. Pahni kalau dah pandai buat tak payah dah korang nak kena pegi beratur panjang panjang beli kat KFC. Kita pakat buat sendiri jer nanti. Antara malas dengan rajin jer. Dah bagi resipi ni nanti korang boleh la try buat. Anak anak confirm suka. Boleh la makan masa berbuka petang nanti.

www.akifimtiyaz.com
Sumber Gambar: Google

Resipi Ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bestari

Ayam goreng ala KFC hanya menggunakan Tepung Bestari. Takde yang istimewa sangat sekadar beli Tepung Bestari bancuh siap siap dah jadi ayam goreng sedap ala KFC. 

Untuk goreng ayam kena ada TEPUNG BESTARI. Ini adalah bahan utama dia okey. Kalau takde Tepung Bestari kira tak panggil pulak nama resipi ni "Ayam Goreng Ala  KFC Guna Tepung Bestari". Panjang benor nama aihhh..

www.akifimtiyaz.com
Sumber Gambar : Adnil Sam 

Bahan Bahan Ayam Goreng Ala  KFC Guna Tepung Bestari
- Tepung Bestari
- Ayam 
- Minyak secukupnya

Bila dah beli Tepung Bestari ni, ikut sebijik sebijik apa yang tertulis kat pek bungkusan Tepung Bestari. Jangan pepandai pulak nak derhaka kat resipi. Tak jadik nanti marah pulak. Ikut jer satu satu.

Cara Cara Memasak Ayam Goreng Ala KFC
- Potong ayam, bersihkan dan toskan
- Ambil sedikit Tepung Bestari ikut anggaran banyak mana ayam yang korang nak goreng. Masukkan air ke dalam bekas dan kacau sebati. Jangan bagi cair bagi dia pekat sikit takut nanti kalau cair tak melekat pula pada ayam kita tu. 
- Masukkan ayam dalam adunan, gaul hingga sebati. Perap sekejap bagi ayam sekata elok. 
- Lepas dah seata melekatnya salutkan sekali lagi dengan Tepung Bestari yang tak dibancuh dengan air. 
- Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak banyak ya untuk dapatkan ayam goreng ala KFC. Goreng secara deep fry. 
- Minyak dah panas boleh masukkan ayam, api pastikan sederhana takut kalau guna api besar. nanti tepung kat luar dah garing tapi ayam belum betul betul masak. 
- Ok tunggu hingga ayam masak.

Resipi Kentang Putar Dan Sos Black Paper Ala KFC

Ok ni resipi untuk Kentang Putar dan Sos Black Paper ala KFC

Bahan Bahan Kentang Putar Ala KFC
- 6 biji kentang
- 2 sudu besar susu segar
- garam secukup rasa
- 1 sudu teh lada sulah

Cara Cara Memasak Kentang Putar Ala KFC 
- Kentang dipotong kecil, nak lagi cepat potong dadu mcm nak buat inti karipap.
- Rebus dgn air separas kentang. Tambahkan  sedikit garam.
- Bila kentang dah empuk, masakkan sehingga air hampir kering, angkat, tos seketika dan terus dilecek atau dikisar dalam food processor hingga halus.
- Masukkan susu segar dan lada sulah.
- Sesuaikan rasa dan sedia dihidang bersama kuahnya nanti.

Bahan  Bahan Sos Black Paper
- 600ml air
- 1/4 cawan susu segar
- 1 kiub pati ayam
- 1/2 biji bawang besar holland - cincang halus
- 1 sudu besar butter
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- serbuk lada hitam kasar secukupnya
- 2 sudu kecil kicap pekat
- garam secukup rasa

Cara Cara Memasak Sos Black Paper
- Masak air dengan kiub pati ayam, masukkan ke dalam mangkuk. Dah siap terus ketepikan.
- Cairkan mentega dan tumis bawang hingga bawang layu. Seterusnya masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
- Tuang air rebusan pati ayam tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel. Kemudian tuangkan susu segar.
- Masukkan sos tiram, juga kicap pekat (kicap untuk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam. 
- Masaklah ikut kepekatan mana yang korang suka.

Resipi Coleslaw Ala KFC 

Ayam goreng dah ada , kentang putar dan sos black paper dah ada. Tak lengkap la kan kalau takde Coleslaw. Ok ni resipi untuk Coleslaw.

Bahan Bahan Coleslaw
• 1/2 biji kobis - potong dadu kecil
• 1/3 carrot - potong dadu kecil
• 1/8 bawang holland - potong dadu kecil
• 4-5 sudu besar mayonis
• 1 sudu besar gula pasir
• 5 sudu besar susu full cream (kalau takde, boleh guna susu cair je)
• 3 sudu besar buttermilk (kalau takde boleh gantikan dengan plain yogurt)
• 1 sudu kecil cuka
• Sedikit garam

Cara Cara Memasak Coleslaw 
- Kobis dan lobak merah potong dadu kecil. Dah siap letak kat tepi.
- Ambil sebiji mangkuk, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, cuka dan garam. Kacau biar sekata semua bahan.
- Masukkan kobis dan lobak merah ke dalam mangkuk dan satukan semua sekali. Gaul semua bahan bagi sebati.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
-  Kalau nak rasa coleslaw lebih sedap masukkan semalaman dalam peti sejuk. Nanti lagi sedap rasa dia.
- Ok dah siap. Dah boleh makan bersama ayam goreng.

Selamat mencuba korang. Nanti try test la ya jadi ke tak jadi. Kalau jadi bagitau la kat KakYa. Nak tau jugak ni, sahabat KakYa ni pernah ke idok buat ayam goreng ala KFC sebelum ni? 

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

  1. lebih kurang sama kak. kena beli tepung bestari gak ni. lama dah tak makan ayam KFC. kat rumah ada yg salted egg je.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.