Resipi Atau Resepi Mana Satu Yang Betul

May 12, 2020

Resipi Atau Resepi Mana Satu Yang  Betul |  Resipi atau resepi boleh buat orang terkeliru. KakYa pon kekadang guna perkataan resipi kekadang guna resepi. Koksir kokdang orang Ganu kata. Sekarang ni kan selalu jumpa mana mana post tak kira kat instagram ke, facebook ke ataupon blog, KakYa banyak jumpa dengan perkataan RESIPI dan juga RESEPI. Al maklum la kan sekarang ni bulan Ramadhan jadi ramailah yang duk share macam macam resipi atau resepi mereka untuk tontonan sahabat dan pengikut. 

Perkataan resipi atau resepi yang ditulis nampak sama jer bagi kita kalau kita tengok dan baca sekali lalu. Tapi bila di fikir fikir balik ada dua versi berbeza cam gini. KakYa pon nak tahu jugak la mana satu ejaan yang betul dan diperakui Dewan Bahasa. Marilah kita sama sama kaji ya tuan tuan dan puan puan. 

'Resipi' atau 'resepi' yang mana satu betul. Merujuk kata asal kata pinjaman ini ditulis sebagai 'recipe' maka pada pandangan anda manakah yang betul?

Merujuk Kamus Dewan Edisi 4, ejaan sebenar ialah 'resipi' sebagai senarai bahan (ramuan) dan peraturan yang diperlukan dalam menyediakan sesuatu masakan atau makanan; cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan.

Kesimpulannya, kita kerap mengeja mengikut bunyi bukan ejaan sebenar. Kesilapan sebeginilah yang menyebabkan terlalu banyak kesilapan.

Sumber: Cikgu Zahid Bin Bakar

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.