Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB | Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi emmpunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

www.akifimtiyaz.com

Kaedah Pelaksanaan Dan Ciri Ciri Program Rumah Mesra Rakyat RMR

www.akifimtiyaz.com

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB

• Warganegara Malaysia
• Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
• Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
• Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
• Tanah atau tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian atau bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
• Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
• Tertakluk kepada peruntukan kewangan

* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

Cara Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB

• BUKA LAMAN WEB
Layari http://rmr.spnbonline.com.my .

• KLIK PENDAFTARAN BARU
Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap.

• PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN
Kata laluan akan dihantar kepada pemohon.

• LOG MASUK KE LAMAN UTAMA
Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.

• MELENGKAPKAN BORANG ONLINE
Isi maklumat ke dalam sistem.

• SELESAI MENGISI BORANG ONLINE
Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang.

• MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB

• Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
• Salinan kad pengenalan tuan tanah
• Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
• Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
• Slip gaji terkini (3 bulan) atau surat akuan sumpah pendapatan atau surat pengesahan pendapatan pemohon atau pemohon kedua*
• Surat akuan sumpah atau surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
• Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
• Salinan sijil nikah pemohon
Borang laporan tapak bergambar

* Surat Pengesahan pendapatan atau tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu atau? Ketua kampung  atau Pegawai Profesional Kelas A.
SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Tanggungjawap Pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB

• Mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
• Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi.
• Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
• Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan.
• Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan).

>>> Download Borang Permohonan RMR
http://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. nak apply ni kena ada tanah dulu ni. bestnya kalau ada tanah sendiri.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.