Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) 2020 SPNB

Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) 2020 SPNB | Pengenalan kepada Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) .Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) adalah model perniagaan baru yang mengambil konsep asas Program RMR di mana ianya dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri dan tidak memenuhi syarat kelayakan program RMR. Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) adalah program alternatif yang mensasarkan golongan di atas. Selain itu, ianya terbuka kepada semua yang berkelayakan mendapatkan pinjaman melalui institusi kewangan atau bayaran tunai untuk pembiayaan kos pembinaan.

www.akifimtiyaz.com

Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) bercirikan rumah sebuah sebuah yang didirikan di atas tanah individu atau syarikat dengan keluasan 1,000 atau 1,200 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan harga bermula dari RM108,888.00 seunit. Kos Guaman dan Yuran Perunding dibiayai oleh SPNB Mesra Sdn. Bhd. Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) turut disediakan pakej tambahan berupa penyediaan tapak dan pertukaran bumbung. Pada masa hadapan akan diperkenalkan pakej pakej lain seperti , pakej kabinet dapur, almari pakaian dan pintu pagar.  Ianyan tertakluk kepada rekabentuk dan kawasan.

Syarat Syarat Program Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) 

•  Warganegara Malaysia
• Umur 18 tahun ke atas
• Mempunyai tanah sendiri atau merupakan salah seorang pemilik atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah
• Keluasan tanah minima 3,750 Kps (50’ x 75’)
• Berkelayakan mendapatkan pinjaman bank, lain-lain institusi kewangan atau melalui bayaran tunai untuk pembiayaan kos pembinaan

Kaedah Pembiayaan Atau Pembayaran Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) 

Secara tunai dan atau melalui pinjaman bank atau lain-lain institusi kewangan

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) 

• Salinan kad pengenalan pemohon
• Salinan kad pengenalan tuan tanah
• Salinan geran hakmilik (Tapak pembinaan)
• Surat kebenaran membina rumah daripada tuan tanah

Penyediaan Pakej Tambahan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) 

www.akifimtiyaz.com
Pertukaran Bumbung

www.akifimtiyaz.com
Penyediaan Tapak 


Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) 

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

Unit Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus)  Yang Telah Dilaksanakan 

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com


Kaedah Dan Proses Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus) 

-Pemohon mengisi dan melengkapkan permohonan RMRPlus
- (Majukan ke SPNB)
- SPNB membuat semakan dan penilaian serta lawatan tapak
- SPNB meluluskan permohonan
- Penyediaan Surat Tawaran Program RMRPlus dan Pelantikan Peguamcara
- Pemohon menandatangani Dokumen Perjanjian Pembinaan & membuat pembayaran deposit 5%
- Tunai
Pembayaran Baki Harga Rumah
i. Lump Sum
ii. Berperingkat mengikut kemajuan
- Pinjaman
Mendapatkan pinjaman perumahan
i. Bank /Institusi Kewangan
- Pelantikan kontraktor dan
- Pemantauan pembinaan sehingga siap


www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com


*Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan daripada Pejabat Cawangan di setiap negeri atau melalui laman sesawang www.spnb.com.my

Catat Ulasan

0 Ulasan