Kisah Imam Ahmad Dan Penjual Roti Yang Selalu Beristighfar

Kisah Imam Ahmad Dan Penjual Roti Yang Selalu Beristighfar | Kisah ni diceritakan oleh Ustaz Don Daniyal dalam ceramah beliau. Dua tiga hari lepas KakYa ada dengar ceramah dari Ustaz Don Daniyal. Dalam ceramah beliau, beliau telah menceritakan satu kisah mengenai seorang imam bernama Imam Ahmad Bin Hanbal dan seorang penjual roti yang sentiasa beristighfar.  KakYa suka sangat dengan cerita ni dan KakYa nak cerita balik kat entri ni sebagai perkongsian untuk sahabat dan pembaca blog KakYa. Semoga bermanfaat ya.

www.akifimtiyaz.com

Kisahnya, bicara Ustaz Don Daniyal .. Imam Ahmad tiba tiba rasa teringin sangat nak pergi kat satu tempat di Iraq. Ada satu kota tu Iraq. Dia kata aku tak tau pasai apa aku nak pergi sangat kat sana. Jadi satu hari dia buat perjalanan terus dia pergi ke kota tu. Dia nak tau ada apa situ, sebab teringin sangat nak pergi. Pergi sana sampai dah dengar azan kat maghrib. Dia masuk masjid dia solat. Habis solat maghrib, dia duduk baca quran, azan isyak dia tutup quran dan silat isyak. 

Imam Ahmad orang tak kenal siapa dia. Jadi orang tak tau yang duk solat tu Imam Ahmad. Habis solat isyak, Tok Siak dia tutup  dah lampu apa semua dalam masjid. Imam Ahmad duk kat belakang tidur la sebab dia tak kenal sesiapa. Tok Siak pergi kat dia, Tok Siak kata Syeikh buat apa tidur belakang ni. Imam Ahmad kata saya ni orang musafir. Saya tak kenal siapa kat sini nak tumpang tidur, esok saya balik. Dak dak dak dak, masjid tak boleh nak tidur kena keluar. Imam Ahmad kata aku di dorong dorong keluar. Maknanyanya ditarik keluar. Keluar nak tutup pintu dah ni. Jadi bila keluar, masjid kan dia ada la ruang legar masjid kan yang kita panggil beranda la. Imam Ahmad kata aku dah tengok Tok Siak tu tutup clear semua aku duduk di beranda. Tengok Tok Siak tu blah, aku pon rebah la nak tidur. Tok Siak tu punya istiqomah la. Dia patah balik. Hai Syeikh buat apa ni? Dak saya musafir tak kenal orang, nak tidur sini. Esok pagi saya balik. Sini pon tak boleh nak tidur. Dah dah dah kena keluar kawasan masjid. 


Imam Ahmad pon keluar. Sebelah masjid ada kedai roti. Tuan kedai roti tu panggil. Syeikh mai mai mai duduk dalam kedai saya ada satu bilik. Boleh tumpang tidur. Nak balik esok balik la. Takpa tumpang la. Imam Ahmad kata dalam riwayat dia. Hat buat roti ni, yang jual roti ni, umur dia lebih kurang macam umur aku maknanya 60 lebih. Tapi aku heran la tengok dia. Mulut dia bila duk uli  tepung. Ambik garam, ambik tepung, uli roti duk uli tu duk buat tu semua mulut dia duk sebut ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIH. Cuba sebut sama sama dengan saya ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIH. Itu zikir dia. Imam Ahmad heran tengok dia. Imam Ahmad kata dia akan berhenti baca bila aku tanya dia soalan atau aku sembamg dengan dia, dia akan berhenti. Dia sembang dengan aku. Habis fullstop titik dia akan baca balik ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIH. 


Imam Ahmad tanya dekat dia, Syeikh daripada umur berapa kamu duk baca zikir tu? Dia kata saya baca zikir ni daripada masa saya bujang. Imam Ahmad tanya apa manfaat dengan baca zikir ni sampai 35 tahun istiqamah? Apa dia jawap. Saya daripada awal saya amal zikir ni. Tidak ada satu pun daripada hajat saya yang tidak ditunaikan oleh Allah Ta'ala. Semua Allah Ta'ala tunai cuma ada satu sahaja lagi hajat saya yang Allah tak tunai tunai lagi. Apadia hajat kamu yang satu yang Allah tak tunai tu? Saya teringin nak jumpa Imam Ahmad Bin Hanbal. Tak jumpa jumpa dia lagi. 


Tuan-tuan asbab zikir tadi, bukan dia pi ceramah Imam Ahmad. Imam Ahmad Allah lorong pi duduk rumah dia. Imam Ahmad kata, Allahuakbar! Kamu tau tak kerana zikir kamulah aku teringin nak mai kat Iraq ni. Yang aku tak tau pasai pa aku nak mai. Kerana zikir kamu tulah, aku kena halau dengan Tok Siak keluar dari masjid. Pasal zikir hnag tu, Allah lorong aku masuk dalam kedai roti hang. Pasai, Akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Maknanya sekarang ni semua hajat dia tertunai tak tuan tuan. Tertunai sudah semua hajat. 

Oleh kerana kisah ini banyak diceritakan dalam ceramah Ustaz ustazah, KakYa cuba cari kisah sahih ini melalui carian Google dan KakYa jumpa satu soalan yang ditanyakan di halaman website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Soalannya;

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada satu persoalan. Adakah riwayat mengenai kisah penjual roti yang dapat berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal disebabkan banyak beristighfar adalah sahih? Ada yang mengatakan bahawa kisah ini ada dinukilkan di dalam kitab Manaqib al-Imam Ahmad oleh Ibn al-Jauzi. Harap dapat pencerahan mengenai perkara ini.

Untuk menjawap persoalan ini, sila ke pautan https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4444-irsyad-al-hadith-siri-ke-498-riwayat-imam-ahmad-berjumpa-dengan-penjual-roti. Di sini di terangkan secara panjang lebar mengenai kesahihahan cerita kisah antara penjual roti yang dapat bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal yang banyak tersebar sama ada di dalam penulisan agama mahupun di meja-meja penceramah. 

Sekalipun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih yang menyebutkan mengenai kelebihan dan fadhilat istighfar. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbanyakan istighfar dan seterusnya menjadikannya sebagai zikir yang kita lazimi dalam kehidupan seharian kita. Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang banyak beristighfar (memohon keampunan kepada-Nya). Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. saya baru tahu kisah ni . kalau tak baca entri kak lya ni tak tahu. thanks kak sebab sudi share

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.