Khatam Al Quran Perdana Dan Tazkirah Lailatulqadar Bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa Dan Ustazah Asma Harun

May 16, 2020

Khatam Al Quran Perdana Dan Tazkirah Lailatulqadar Bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa Dan Ustazah Asma Harun | Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, Syukur Ya Allah dengan izinMU pada hari ini 16 Mei 2020 bersamaan 23 Ramadhan 1441H dapat KakYa bersama sama dalam Majlis Khatam Al Quran Perdana dan Tazkirah Lailatulqadar bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa Dan Ustazah Asma Harun. Program bermula lebih kurang jam 3 petang dan berakhir pada jam 4.19 petang tadi. 

Alhamdulillah syukur Ya Allah KakYa selesai khatam Al Quran sempena Ramadhan 1441H. Moga mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamin aamin. Terima kasih Ya Allah. Syukur alhamdulillah. Untuk yang tak berkesempatan menonton, KakYa bagi link kat bawah. Nanti ada kelapangan masa boleh sama sama menonton. InsyaAllah. 





Alhamdulillah, sangat sangat terharu dengan pengisian ilmu yang cukup bermakna bersama dengan dua Ustazah kesayangan KakYa ni. Program pada petang ini berlangsung di page Ustazah  Datuk Dr Norhafizah Musa, page Ustazah Asma Harun dan page Tahfiz Madinatul Huffaz Official. Program kali ini ditaja sepenuhnya oleh Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz (MTIMH).

Pengurusan Tahfiz Madinatul Huffaz ini dikendalikan sepenuhnya oleh  Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan suami Dr Azhar Yaakub. Pusat tahfiz ini sedang dalam pembinaan fasa ke dua. Bagi menambah dana untuk pembagunan fasa ke dua sumbangan anda amat di alu alukan. Sumbangan boleh disumbangkan ke akaun tertera di bawah;


564221629975
Tahfiz Madinatul Huffaz
Hp: 012 2404090
Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz (MTIMH) Fasa Ke-2


Sebelum terlupa KakYa nak warwarkan juga mengenai E-book DOA MIHRAB by Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa. Ebook Doa Mihrab By Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa berharga RM39.00. Bagi anda yang berminat nak dapatkan E-book ini, sila klik link di bawah;


Ebook Doa Mihrab By DDUNM ini dinyatakan sumber amalan, huraian, fadhilatnya dan turut dikongsikan juga pengalaman DDUNM sendiri ketika mengamalkan doa-doa ini.

Ebook Doa Mihrab By DDUNM juga dipersembahkan bersama pakej istimewa berupa Koleksi Kapsul Tazkirah DDUNHM dan Koleksi Usrah JomToJannah DDUNM bersama keluarga untuk dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan.

Moga buku ini menjadi ubat mujarab yang dapat mengubati gersangnya jiwa.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.