Kelas Online Faham Dan Ingat Makna Bacaan Solat (IMBaS) Batch 53

Kelas Online Faham Dan Ingat Makna Bacaan Solat (IMBaS) Batch 53 | Bismillahhirrahmannirrahim. Petang ni KakYa ada nak kongsikan satu berita baik kepada sahabat pembaca blog KakYa. Baru baru ni kan KakYa ada join satu kelas online (IMBaS). IMBaS ni kelas online faham dan ingat makna bacaan dalam solat. Ok kalau korang nak tahu, kelas ni diadakan secara online dan menggunakan applikasi WhatsApp. Kelas berjalan seminggu dan korang boleh ikut masa dan kesesuaian korang untuk belajar. KakYa biasa pilih waktu pagi dan kadang kadang malam, ikut kesesuaian masa KakYa pada hari tersebut. 

Untuk korang semua, Cikgu Razali Kamarudin (pembimbing) ada buka kelas baru #Batch53 yang akan bermula pada 31 May 2020 dan berakhir pada 6 Jun 2020. Kelas online ni sangat sesuai buat sahabat syurga yang belum faham dan ingat makna bacaan solat. Terutamanya yang tiada asas Bahasa Arab. Oh lupa nak bagitahu Cikgu Razali Kamarudin merupakan Penulis Buku 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat & Trainer IMBaS. 

Dengan izin Allah, kelas ini akan membimbing kita mengetahui dan memahami maksud bacaan dalam solat. Kita akan didedahkan dengan teknik berkesan untuk mengingat makna bacaan solat dalam masa 7 hari. Ya! Dalam masa 7 hari sahaja kalau korang rajin belajar dan mudah menghafal InsyaAllah boleh ingat dengan mudah dan cepat. 

Kelas ini adalah PERCUMA dan tiada sebarang yuran dikenakan. Ya ianya PERCUMA sahaja dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang mempunyai minat dan kesungguhan serta dapat memberikan komitmen yang baik sehingga kelas ini tamat. Yang ni kena la bagi komitmen. Dah masuk group belajar, jangan pulak belum apa apa lagi dah keluar group. 

Antara pengisian yang akan di dedahkan oleh Cikgu Razali ialah; 

• Hari 1 - Asas Rukun Solat, Asas Khusyuk Solat & Faham Makna Doa Iftitah.

• Hari 2 - Faham Makna Surah al-Fatihah.

• Hari 3 - Faham Makna bacaan rukuk, iktidal, duduk antara dua sujud & sujud.

• Hari 4 - Faham Makna bacaan tahiyyat (awal & akhir).

•  Hari 5 & 6 - Faham Makna bacaan Doa Qunut.

• Hari 7 - Ulangkaji & Kongsi Rasa.

Semua bahan pembelajaran dan audio kelas juga disediakan secara PERCUMA untuk korang. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari FB dan IG beliau seperti yang diberikan di bawah:

FB : Cikgu Razali Kamarudin
IG : cikgurazali_crk

Sesiapa yang berhajat untuk mengikuti kelas ini, boleh klik link di bawah untuk penyertaan :


*Tarikh tutup penyertaan : 30 Mei 2020 (Sebelum jam 11.59 malam)*

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. done follow.. nice blog.. follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.