Jom Join Kelas Online IMBaS

May 11, 2020

Jom Join Kelas Online IMBaS  | Alhamdulillah KakYa dah selesai Kelas Online IMBas Batch #49 pada harini. Kelas selama 7 hari bermula 5.5.2020 sehingga 11.5.2020 berjaya dilalui.  Syukur Ya Allah dapat join kelas ini walaupun belum dapat ingat lagi sesetengah makna, tapi takpe insyaAllah KakYa cuba buat yang terbaik setakat KakYa mampu. Moga KakYa istiqomah. Doakan KakYa sahabat. Doakan yang baik baik untuk KakYa.


Pagi tadi sewaktu kelas ulangkaji  terakhir, Ustaz ada bagitahu akan buka kelas baru. Kelas batch #51 dibuka untuk pengambilan. Kelas akan bermula pada 13.5.2020 hingga 19.5.2020.  Kelas akan berjalan selama 7 hari. Kepada sesiapa yang berminat untuk join kelas ini boleh WhatsApp no Ustaz seperti yang tertera. Kelas ni PERCUMA tau. Boleh la join untuk tambah pengetahuan bab bab makna bacaan dalam solat. InsyaAllah terbaik. 

⚘KELAS ONLINE FAHAM & INGAT MAKNA BACAAN SOLAT (IMBaS) - EDISI RAMADHAN⚘

✅ Kelas Online Group Whatsapp

Bismillah .. Berita baik kepada sahabat syurga yang belum faham dan ingat makna bacaan solat. Terutamanya yang tiada asas Bahasa Arab.

Dengan izin Allah, kelas ini akan membimbing kita mengetahui dan memahami maksud bacaan dalam solat. Kita akan didedahkan dengan teknik berkesan untuk mengingat makna bacaan solat dalam masa 7 hari.

Kelas ini adalah *PERCUMA*. _Tiada sebarang yuran dikenakan_.

Kelas ini untuk *sesiapa sahaja yang mempunyai minat dan kesungguhan serta dapat memberikan komitmen yang baik* sehingga kelas ini tamat.  

Dengan izin Allah, kelas ini untuk *Group Batch 51* akan diadakan pada :

*BERMULA 13 HINGGA 19 MEI 2020*
(_Kelas Melalui WhatsApp Group_)

*PENGISIAN*

 ✅ Hari 1 - Asas Rukun Solat, Asas Khusyuk Solat & Faham Makna Doa Iftitah.

 ✅ Hari 2 - Faham Makna Surah al-Fatihah.

 ✅ Hari 3 - Faham Makna bacaan rukuk, iktidal, duduk antara dua sujud & sujud.

 ✅ Hari 4 - Faham Makna bacaan tahiyat (awal & akhir).

 ✅ Hari 5 & 6 - Faham Makna bacaan Doa Qunut.

 ✅ Hari 7 - Ulangkaji & Kongsi Rasa.

[*Bahan pelajaran dan audio kelas juga disediakan secara PERCUMA*]

*SIAPA PEMBIMBING?*

Kelas ini akan dibimbing oleh *Cikgu Razali Kamarudin.* Beliau merupakan _Penulis Buku 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat & Trainer IMBaS_

Untuk maklumat lanjut, boleh layari FB dan IG beliau seperti yang diberikan di bawah:

FB : Cikgu Razali Kamarudin
IG : cikgurazali_crk
Telegram Channel : https://t.me/cikgurazalikamarudinchannel

*Sesiapa yang berhajat untuk mengikuti kelas ini, boleh klik link di bawah untuk penyertaan :* 

www.wasap.my/60139619421/Batch51

*Tarikh tutup penyertaan : 12 Mei 2020 (Sebelum jam 10.00 malam)*

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.