Jenaka Santai Ustaz Azhar Idrus

Jenaka Santai Ustaz Azhar Idrus | Sepertimana yang kita kenal, Ustaz Azhar Idrus adalah salah penceramah agama di Malaysia yang suka buat jenaka dalam menjawap soalan daripada penonton yang hadir ketika kuliah beliau. Kadang kadang jawapan yang diberikan oleh beliau ketika menjawap soalan spontan daripada penonton, membuatkan kita tergelak dan boleh jadi suka terbahak bahak. Tak sah la kan tak gelak kalau tonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus. Ada jer tutur bicara Ustaz boleh buat kita gelak tak hingatttt .. 

Tadi masa KakYa duk cari tazkirah pendek untuk anak anak KakYa baca lepas Solat Tarawih,  terjumpa pula dengan coretan jawapan jenaka santai Ustaz Azhar Idrus.  Alang alang KakYa nak updated blog. Terus jer la KakYa up yang ni dulu. Ok  KakYa kongsikan beberapa soalan dan jawapan santai daripada Ustaz Azhar Idrus untuk pembaca blog KakYa. Sesekali bila layan himpunan jenaka santai Ustaz Azhar Idrus ni seronok juga. Kadang kadang kita serius kadang kadang kita berjenaka. Hidup ini kan pilihan! terserah pada kita bagaimana untuk mencorakkannya. Layan jer ... 

Soalan: Macam mana Ustaz dapat kawin dua? 
Ustaz: Yang no 1 saya pinang, yang no 2 saya dipinang. Kalau ada yang nak jadi no 3 silalah masuk meminang.

Soalan: Apa hukum melihat wanita berpakaian ketat?
Ustaz: Hukumnya sedap dan dapat pahala jika dia isteri kamu.

Soalan: Apa hukum simpan gambar wanita Ustaz? 
Harus, jika wanita itu nenek kita tapi kalau bukan mahram dan simpan kerana nafsu hukumnya haram.

Soalan: Apa beza lelaki yang pakai songkok dan lelaki yang pakai kopiah? 
Ustaz: Lelaki pakai songkok nampak hensem, yang pakai kopiah nampak warak.

Soalan: Bolehkah pos Al Quran guna pos laju? 
Ustaz: Guna pos lambat pon boleh.

Soalan: Ustaz kata kalau isteri tak cantik boleh tutup lampu, tapi kalau siang hari mcm mana Ustaz?
Ustaz: Tutup mata, sama juga gelap  tak nampak.

Soalan: Saya masih muda, mana patut dibuat dulu pergi haji atau kahwin? 
Ustaz: Kalau kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwin dulu.

Soalan: Normal ke jika minat wanita tua untuk dijadikan isteri? 
Ustaz: Normal, cuma wanita muda boleh main macam baby doll, kalau tua kena stanby panadol.

Catat Ulasan

0 Ulasan