Fidyah Dan Gandaan Fidyah

Fidyah Dan Gandaan Fidyah | Dua tiga hari lepas KakYa dan sahabat PSC dan GT5P ada bincang santai mengenai FIDYAH dan GANDAAN FIDYAH. Terkejut juga bila dapat tahu ada sahabat yang keluarkan sejumlah wang yang sangat besar untuk bayar fidyah disebabkan sebelum ini beliau tidak ingat berapa jumlah hari tinggal puasa dan berapa tahun yang telah ditinggalkan. Beliau telah membayar gandaan fidyah dengan jumlah yang dikira sejak beliau boleh berpuasa sehingga umur beliau sekarang kerana beliau tidak dapat mengagak jumlah hari beliau tidak menunaikan puasa. Jadi kata beliau itu lebih baik.

KakYa ada tanyakan beberapa soalan kepada pihak Lembaga Zakat Selangor dan mendapat jawapan yang KakYa cari untuk FIDYAH dan GANDAAN FIDYAH. KakYa kongsi soalan dan jawapan tersebut di sini. 

Soalan: Salam .. saya ada nak bertanya mengenai HUKUM TENTANG GANDAAN FIDYAH. Adakah pembayar fidyah perlu membayar gandaan fidyah sekiranya pembayaran fidyah tertangguh bertahun2 samada sengaja atau terlupa?

Jawapan Daripada Pegawai Lembaga Zakat Selangor :
Tertakluk kpd negeri. Kalau di Selangor dan Perak, fidyah tidak berganda walau melangkah tahun. 


Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa Ramadhan Lalu 

Pasti masih ada antara kita umat Islam diluar sana yang masih belum menggantikan puasa lepas dan puasa lalu yang pernah ditinggalkan.

Tahukah anda bahawa puasa bulan Ramadhan adalah wajib, jika kita tinggalkannya, wajib untuk diganti pada hari bulan lain sebelum Ramadhan akan datang tiba. Jika kita gagal menggantikan puasa lalu yang ditinggalkan selepas Ramadhan baru tiba, kita wajib membayar Fidyah.

Cara Betul Untuk Buat Kiraan Jumlah Fidyah Yang Perlu Dibayar

Bagaimana hendak kira jumlah Fidyah kita? Bayaran Fidyah telah ditetapkan mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia.

Berapakah kadar bayaran Fidyah? Adakah bayaran Fidyah berganda (jika melangkaui tahun) ? Adakah disediakan kaedah bayaran atas talian (online)?

KakYa selitkan kat sini jumlah bayaran, gandaan atau tidak dan cara bayaran mengikut negeri masing masing. Jadi sila pilih ikut negeri masing-masing :

- Kedah : Rm1.80
• Gandaan  ✅❌  (Pilihan atas kemampuan)
• Kalkulator online dan Bayaran online✅ http://www.maik.gov.my/e-fidyah/

- Perlis : RM5.00
• Gandaan❌
• Kalkulator online❌
• Bayaran online ❌
• NOMBOR AKAUN : 090 100 1000 2497 BIMB

- Pulau Pinang : RM1.75
• Gandaan ✅
• Melalui JomPAY :
https://bit.ly/2MmCJqe

- Perak : RM1.80
• Gandaan ✅
• Pembayaran Sistem Online ❌
• Pembayaran Bank Transfer ✅
BIMB
No. Akaun :08013010089671
kewangan@maiamp.gov.my

- Selangor : RM1.80
• Gandaan ❌
• Kalkulator online ✅
https://www.zakatselangor.com.my/kalkulator-fidyah/
• Pembayaran Sistem Online✅
• fpx.zakatselangor.com.my
• Pembayaran melalui Maybank2u - Zakat&Charity - LZS - Fidyah

- Wilayah Persekutuan : RM4.00
• Gandaan ✅❌(Pilihan Ikut Kemampuan)
• Kalkulator Online ✅
• Pembayaran Online✅
https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah (Kira dan terus Bayar)

 - Negeri Sembilan : RM1.75
• Gandaan ✅ (Pilihan Gandaan berganda)
• Kalkulator online ✅ https://www.pbmalns.gov.my/v1/web/fidyah.php
• Pembayaran online ✅ www.zakatns2u.biz/fidyah

-  Melaka : RM1.80
• Gandaan✅
 Kalkulator Online ✅ http://fidyah.maim.gov.my
• Pembayaran Online 🕖 (launch 20April2020)
• Pembayaran Bank Transfer ✅
BIMB
No. Akaun :04015010006080

-  Johor : RM1.75
• Gandaan ✅
• Kalkulator Online✅
• Pembayaran Online ✅
• Melalui Mobile Apps (Android)
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.znn.efidyah

- Pahang : RM1.75
• Gandaan ✅
• Kalkulator Online ✅
http://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah
• Pembayaran online❌

-  Terengganu : RM1.75
• Gandaan : ✅
• Kalkulator Online❌
• Pembayaran Online❌

- Kelantan : RM1.75
• Gandaan ✅
• Kalkulator online✅
http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/e-perkhidmatan-kami/taksiran-fidyah-puasa
• Pembayaran online❌
• Pembayaran Bank Transfer✅
No akaun:  BIMB 03018010165559

- Sarawak : RM1.75
• Gandaan ✅
• Kalkulator Online ✅
https://www.tbs.org.my/calc-fidyah/
• Pembayaran online❌

- Sabah : RM1.75
• Gandaan ✅
• Kalkulator Online ❌
• Pembayaran online❌

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. soal ni memang takleh pandang remeh..
    semoga kita pun alert dan gantila puasa n bayar fidyah ikut yang ditetapkan..

    saya ada kwn lebih kurang mcm ni.. Allah izin bagi dia hidayah..
    alhamdulillah slowly dia ganti puasa dari sejak baligh dan da selesai ganti baru dia fikir fidyah. sbb keadaan dia mungkin mengizinkan dia puasa dulu bayar kemudian. tp dia pun mmg rujuk zakat..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.