Cucu Cucu Kak Ani

May 04, 2020

Cucu Cucu Kak Ani | Kak Ani ni mak mertua KakYa. Kak Ani tu nama gelaran Ma la kiranya.  Kalau kat kampung memang nama panggilan yang orang kampung panggil Ma, Kak Ani. KakYa pon kekadang kalau bergurau senda ngan ipar duai ada jer panggil Ma ngan gelaran Kak Ani. Ohhhhh Kak Ani! Wak gapo tu Kak Ani! Sinonim dah nama Kak Ani tu kat bibir anak menantu dan jugak cucu cucu. 

Semua ada! Ni semua cucu cucu Ma. 18 orang semua sekali. Fuhh bercinta la jugak nak dapat gambar ni sebab masing masing macam macam peel. Wan pon naik pening dah masa ni. Jurugambar kat depan lebih 7 orang hahaha.. Bertabahlaa Kak Ani!


Lama sangat takde citer anak anak kat blog. Arini KakYa up beberapa keping gambar kenangan anak anak dan Wan serta sepupu sepapat belah abah diaorang. Gambar gambar ni masa Family Day belah keluarga suami KakYa pada tahun 2019. Ni first time la ni anak anak ada gambar dengan semua sepupu sepapat diaorang. Sebelum ni bukan takde gambar, ada jer tapi tak cukup korum sokmo. Ada jer yang takde. Sekejap ada yang besar sajer, kejap hilang yang kecik, kejap ada yang balik raya kejap takde yang balik raya... camno nak ada semua. Memang tak pernah lengkap la kalau nak bergambar. Makan taun laa jugak. 

Ni cucu cucu lelaki. Cucu cucu lelaki Ma 10  orang semua sekali. Anak lelaki KakYa 2 orang je. 

Yang lelaki ni pon tak kurang susah gak nak dapat gambar yang helok. Sekejap pusing kanan sekejap pusing kiri sekejap tutup mata sekejap tutup hidung. Macam macam ragam bila dah ramai. 

Tapi bila dah plan Family Day, alhamdulillah semua ada dan dapatla tangkap gambar ramai ramai. Bila semua ada ramai ramai camni memang seronok sakan la boleh bergambar macam macam gaya. Macam macam peel la baik kecik baik besor. Bab nak tangkap gambar bukan mudah. Kena klik klik berkali kali ak dapat yang perfect. Ada yang senget ada yang pusing belakang ada yang tutup mata hadoii laaa bertabah sungguh nak dapat gambar cantik. Tapi takpe masing masing sabar jer bergambar sebab bukan sokmo dapat jumpa dan bergambar ramai ramai camni. 

Ni pulak cucu cucu perempuan Ma. 8 orang semua sekali. Anak perempuan KakYa sorang jer. Time gini ada la jugak gang gegirl ngan dia, kalau tak ke hulu ke hilir ngan adik adik lelaki jer la. 

Ni pon becintaaa lagi lama nak ambik gambar sebab Aisya yang paling kecik tu duk menangis jer kojernya huhuhu. Last last memang ke sudah la takde gambar Aisya tak nangis dalam group gegirl. Semua menangis huhuhu. Takpo laa nangis pon nangis la janji ada gambar. 

Tak cukup korum. Tapi takpe la bergambar tetap diteruskan

Nak dapatkan gambar gambar yang menarik diaorang ni semua Cik Teh diaorang yang jadik tukang tempik bagi elok masa posing. Macam macam bunyi laa keluar nak minta fokus hahaha. Bila tengok balik gambar gambar sepanjang Family Day walaupon banyak yang tak berapa nak menjadik tapi nampak menarik dengan suasana yang macam macam ado. 2020 kita tunggu la nanti ada ke tak Family Day.... 

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.