Cabaran 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat

Cabaran 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat | Ya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid. Alirkanlah kebijaksanaan, daya ingatan yang kuat serta ilmu yang berguna buat kami semua Ya Allah. Cabaran 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat kini bermula.

www.akifimtiyaz.com

Alhamdulillah Syukur Ya Allah, KAU kurniakan aku peluang untuk sama sama dalam kelas ilmu 7HariImbas(Ramadhan). Awal pagi lagi Cikgu dah hulurkan salam pertemuan. Alhamdulillah semuanya dari Allah, semuanya dengan izinNya, semuanya dengan redhaNya. Sentiasa bersyukur. Semoga kelas online KakYa dan sahabat selama 7 hari bermula hari ini 5 May 2020  dan berakhir pada 11 May 2020  berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. Terima kasih Allah.

www.akifimtiyaz.com

Kelas ini adalah kelas berdaftar untuk belajar  Ingat Makna Bacaan Dalam Solat. Hanya peserta yang berdaftar dan mengesahkan penyertaan sahaja di serap masuk untuk belajar.  Sebelum bermula harini KakYa dah siap daftar awal awal dan semalam di masukkan ke group. KakYa citer sikit mengenai kelas online ini. Kelas ini dinamakan 7Hari Imbas. Apa maksud Imbas? Imbas adalah Ingat Makna Bacaan Solat. Kelas ini dikendalikan oleh En Mohd Razali Kamaruddin aka Cikgu Razali, seorang pendidik dan juga penulis buku 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat. 

Bahan pembelajaran  untuk kelas online ini dikongsikan melalui group WhatsApp bermula pagi ini 5 May 2020 sehingga 11 May 2020. Peserta bebas memilih masa yang sesuai untuk memulakan pembelajaran dan disediakan jadual untuk hafalan. Ini kerana ada peserta yang bekerja dan tidak berkelapangan pada sebelah pagi. Jadi masing masing boleh ikut waktu terluang masing masing untuk belajar.

Jadual Cabaran 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat

• Hari 1 - 5 Mei 2020 : Ulangkaji Rukun Solat, Indahnya Solat, Asas Khusyuk Solat dan Makna Doa Iftitah.

• Hari 2 - 6 Mei 2020 : Makna Surah Al-Fatihah.

•  Hari 3 - 7 Mei 2020 : Makna bacaan rukuk, iktidal, duduk antara dua sujud dan sujud.

• Hari 4 - 8 Mei 2020 : Makna bacaan tahiyat.

• Hari 5 & 6 - 9 & 10 Mei 2020 :: Makna bacaan Doa Qunut.

 • Hari 7 - 11 Mei 2020 : Ulangkaji dan Kongsi Rasa.

Doa Mudah Hafal / Faham

Ya Allah Kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafalan para Rasul serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir denganMu, kurniakanlah kami kesihatan yang baik wahai yang Maha Mengasihani. Aamin Ya Allah Ya Mujib.

Doakan KakYa istiqamah dalam mendidik hati untuk lebih mendalami makna bacaan dalam solat. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib.

Catat Ulasan

0 Ulasan