Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Lebih Mudah Dan Pantas

May 10, 2020

Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Lebih Mudah Dan Pantas | Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah. Dengan izin dan kurniaMU, hari ini kita sudah berada di hari ke 17 Ramadhan. Alhamdulillah alhamdulillah. Dah 17 Ramadhan ni, anda dah tunaikan zakat fitrah ke belum? Dah tahu berapa kadar bayaran zakat fitrah yang perlu dibayar? Musim kawalan pergerakan sekarang ini, bagaimana cara nak tunaikan zakat fitrah. Lembaga Zakat Selangor ada jawapan untuk setiap persoalan anda. Jom tunaikan zakat fitrah melalui Lembaga Zakat Selangor. Pembayaran zakat fitrah semudah di hujung jari. Tunaikan zakat untuk keberkatan hidup didunia dan akhirat.

www.akifimtiyaz.com

Zakat Fitrah 

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan. Zakat Fitrah merupakan suatu amalan yang dapat menyucikan diri manusia dari sudut peribadatan.

Zakat Fitrah Satu Amanah Dan Tanggungjawap 

Selamat menunaikan ibadah puasa dan jangan lupa bayar zakat fitrah okay! Itu satu amanah dan tanggungjawab. Ibadah selesai tanggungjawap tertunai. 

Syarat Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Di Makan

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar bayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?

Maksudnya ialah kadar bayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh individu dan seisi keluarga. 

Kenapa kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?

Kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ianya merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin. 


www.akifimtiyaz.com


















Bagaimana kaedah kiraan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?

Sila rujuk pada jenis beras yang telah disediakan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor.

www.akifimtiyaz.com
Bayaran Zakat Fitrah Secara Online

Dalam keadaan negara kita yang  dilanda wabak COVID-19 ini menjadikan pergerakan kita agak terbatas untuk menguruskan hal-hal wajib seperti menunaikan zakat. Oleh itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Selangor telah menyediakan pelbagai saluran online bagi memudahkan anda menunaikan zakat. Dengan perintah kawalan pergerakan sekarang, kaedah pembayaran zakat secara atas talian adalah kaedah yang lebih baik dalam dalam menangani wabak Covid 19.

Terdapat beberapa kaedah pembayaran zakat fitrah secara online iaitu melalui eZakatPAY, Perbankan Internet dan Aplikasi eWallet GoPAYZ dan Boost. 

www.akifimtiyaz.com

eZakatPAY
eZakatPAY merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS). 

www.akifimtiyaz.com


















Pembayar perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. 

- Tiada pendaftaran serta bayaran untuk menggunakan E-Zakat Pay
- Tiada bayaran tambahan dikenakan
- Tiada pemasangan aplikasi untuk pembayaran zakat
- Proses yang selamat

Cara Pembayaran Melalui eZakatPAY

www.akifimtiyaz.com

Sila ke laman eZakatPAY  untuk pembayaran zakat secara online. 
• Isikan maklumat pembayaran 
• Pilih salah satu kaedah bayaran zakat samada Perbankan Internet FPX atau Pembayaran JomPAY. 
• Pilih bank
• Resit bayaran zakat akan dihantar ke email yang didaftarkan semasa membuat pembayaran. 

www.akifimtiyaz.com


Perbankan Internet
Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet. Berikut senarai
agen kutipan yang menyediakan kemudahan ini;

• RHB Islamic Bank
• AmBank
• CIMB Bank 
• Bank Islam 
• Maybank 
• OCBC Bank
• Public Bank
• Bank Rakyat 
• HSBC 
• Alliance Islamic Bank

www.akifimtiyaz.com











Pembayaran Melalui GoPAYZ
Pembayaran melalui kaedah ini memerlukan anda untuk muat turun aplikasi GoPAYZ. Muat turun aplikasi GoPAYZ di Google Play Store dan di Apple App Store.

www.akifimtiyaz.com

• Klik pada "Perkhidmatan" > "islamik"
• Pilih "Zakat Fitrah" atau "Zakat Harta"
• Ikut arahan dalam aplikasi bagi menyelesaikan pembayaran. 

Pembayaran Melalui Boost 

www.akifimtiyaz.com

Untuk pembayaran melalui Boost, sila muat turun aplikasi ini di telefon pintar anda dan ikut langkah langkah yang disediakan. 

Zakat Harta 

Pembayaran secara online boleh juga dibuat untuk pembayaran Zakat Harta. Zakat harta dikenakan ke atas orang berharta yang memiliki harta melebihi 85g emas iaitu kadar semasa berjumlah RM13,425 dan melepasi haulnya iaitu 1 tahun tempoh simpanan. 

Zakat harta merangkumi zakat perniagaan, pendapatan, wang simpanan, emas dan perak, saham, dan wang pengeluaran KWSP. Kadar zakat harta adalah 1/40 iaitu 2.5% dan waktu dibayar adalah sepanjang tahun. Firman Allah ‘Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah dirimu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat’ (An-Nur, 24:56) .

Ayuh semua marilah kita sama sama gunakan sebaik baiknya keberkatan bulan Ramadhan ini untuk berzakat, terutama kepada peniaga dan usahawan.

www.akifimtiyaz.com

Maklumat Lanjut Pembayaran Zakat 

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan pelaksanaan zakat fitrah 1441H/2020M bolehlah merujuk halaman rasmi Lembaga Zakat Selangor dan juga media sosial sebagaimana berikut:

Instagram : zakatselangor
Twitter : Zakat Selangor


Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Alhamdulilkah.. Musim ekarang memnag elok la bayar zakat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilkah.. Musim covid ni memg elok bayar zakat secara online.. Mudah dan selamat

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Senang sekarang. Nak bayar zakat pun senang

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.