Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi SnapNPay

Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi SnapNPay | Alhamdulillah en suami dah selesaikan tanggungjawap sebagai ketua keluarga bagi membayar Zakat Fitrah untuk tahun ini. Oleh kerana sekarang ni Musim PKP makanya cara paling mudah dan selamat membayar Zakat Fitrah adalah melalui pembayaran secara online. Kami pilih bayar Zakat Fitrah melalui aplikasi SnapNPay. 

Ketetapan kadar fitrah bagi Negeri Terengganu Tahun 1441H/2020M



Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui SnapNPay

• Buka Aplikasi SnapNPay *Aplikasi SnapNPay boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store*
•  Imbas Kod QR di bawah
• Masukkan Amaun Bayaran Zakat Fitrah
• Pilih BAYAR dan ikut langkah seterusnya sehingga selesai bayaran.

Banyak pilihan tersedia untuk pelbagai jenis pembayaran, KLIK sahaja pada Zakat Fitrah 1441H.

Pilih negeri mana yang anda akan bayar Zakat Fitrah anda. Ok suami KakYa kerja di Terengganu walaupon kami tinggal di Pahang. Jadi setiap tahun kami bayar zakat fitrah di Terengganu mengambil kira di mana tempat suami bekerja. 
Afdhalnya kita perlu membayar zakat di tempat kita mencari rezeki. Ini bertujuan untuk memelihara hak-hak asnaf yang menetap di negeri tersebut. Wallahu a'lam.


KakYa pilih Terengganu. Klik  MAIDAM dan isi semua ruangan yang tersedia dan Klik pada BAYAR.


Dah Klik akan keluar Niat dan lafaz akad fitrah. Pilih samada untuk diri sendiri, diri dan tanggungan atau bagi pihak. 
Akan keluar doa akad. Baca doa dan maksud doa. Klik Bayar.


Pilih bank mana yang anda guna untuk pembayaran. Suami pilih Maybank2U dan Klik Proceed.

Semak semua sekali kalau semua dah betul terus Klik Continue.

Tunggu TAC number yang akan dihantar me no telefon mudah alih anda dan masukkan TAC number terus Klik Confirm.

Dah selesai klik print receipt. Alhamdulillah selamat membayar zakat fitrah secara online melalui SnapNPay. Selesai urusan pembayaran zakat fitrah untuk keluarga kecil kami. Terima kasih Ya Allah Ya Baari' KAU permudahkan urusan kami. Aamin aamin. 

Resit akan dihantar dengan butiran bayaran zakat fitrah anda. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami. Cepat, mudah dan selamat. 

Sahabat KakYa dah bayar zakat fitrah ke belum. Kalau belum jangan lupa bayar zakat fitrah okey! 

Catat Ulasan

0 Ulasan