Baju Raya Dah Beli Ke Sis!

May 17, 2020

Baju Raya Dah Beli Ke Sis! | Tahun ni tahun pertama dalam sejarah nak sambut raya, KakYa dan family tak beli baju raya. Memang kami dah buat keputusan tak nak beli baju raya tahun ni walaupon pasaraya dan kedai jual pakaian ada jer yang buka. Satu sebabnya tak nak bersesak dengan orang lain dalam keadaan sekarang. Haritu KakYa keluar rumah masa ada urusan, nampak ada yang beratur tak jaga jarak, tak pakai mask, duk borak borak sesama mereka macam duk kedai kopi masa zaman sebelum PKP. Bila tengok gitu KakYa pon rasa takut. Kita yang beria ia jaga diri sebaik mungkin tapi orang  lain mudah jer tak ambik cakna. 

Takyah buat buat tanya berapa pasang sangat laaa Bang Lepat oiii, taun ni tak beli baju raya. Pakai jer mana yang ada. Raya tetap raya. Baju raya kita beli lain kali la.

Tak beli baju raya pon takpe la janji raya tetap raya walaupon takde baju raya. KakYa ni kalau tahun yang lepas lepas nak beli baju raya terutama baju melayu anak anak lelaki memang  bercinta la nak dapat yang betul betul ngam. Masa nak membeli tu memang kena ada anak anak untuk ukur badan dioarang. Kalau ikut saiz terkini diaorang pon kadang kadang lari juga ukurannya. Memang kena bawak diaorang untuk ukur sesiap. Kalau beli tanpa ukur siap siap mula la singkat lengan baju la, senteng seluar la, baju besar seluar kecik la, baju dah elok seluar pulak pendek la. Macam macam masalah akan jumpa kalau beli baju raya diaorang kalau tak bawak diaorang sekali. Serik dah kena sekali dulu beli main agak agak jer. Nak tukar kemain payah sebab saiz pulak tak banyak warna berkenan. Kena bertabah la mencari. 

Bab baju raya di musim PKPB ni takpe la bersabar la dulu. Kita pakai jer la mana yang ada anak anak ya! Anak anak KakYa dah besar, sorang 11 sorang 13 dan sorang lagi 16 jadi diaorang ok jer tak beli baju raya. Takde masalah buat diaorang. Cumanya nak raya nanti, diaorang dah minta siap siap nak suasana tu macam raya kat kampung Tok ngan Nenek, Wan ngan Tok Ayah diaorang la. Nak makan macam macam juadah raya. Nak ada kuih raya kat atas meja. Si kecik nak lemang dan rendang. Agak agak kalau ada yang jual sehari sebelum raya boleh la en suami carikan nanti. Huhuhuhu. Bab sediakan juadah raya, KakYa kena la sediakan nanti untuk suami dan anak anak. Kena wujudkan suasana raya untuk anak anak di musim PKPB ni. Kesian kat dioarang dah la tak boleh balik beraya suasana raya pulak takde. Takpe Umi abah akan usahakan suasana raya untuk anak anak Umi. Doa doakan ya. InsyaAllah  Syukur Ya Allah, moga Allah SWT permudahkan segala urusan KakYa sekeluarga. Aamin amin Ya Mujib. 

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    Jemput join segmen kalau belum k ☺️

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Betul lah tu musim PKPB ni memang tak beli banyak baju raya. Saya pon ada sepasang baju raya je tahun ni. Ni pon sebab tempah sebelum PKPB ni. Kalau tak memang tak de dah baju raya kot. Untuk second day raye ke ape ke memang pakai baju tahun lepas je atau baju majlis lain. hahaha. Tapi hopefully suasana rumah still meriah la raya dengan keluarga kt rumah walaupon takde yang dapat datang rumah kan. Huhu.

    Jemputlah lawat blog saya :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.