Amalan Menjelang Syawal

Amalan Menjelang Syawal | Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNYA dapat kita sama sama berpuasa akhir Ramadhan pada tahun 2020. Alhamdulillah, insyaAllah esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Petang ni KakYa nak kongsikan beberapa amalan  yang dianjurkan untuk kita laksanakan menjelang Syawal. Semoga bermanfaat buat kita semua. 

Amalan Sebelum 1 Syawal 

- Memastikan pembayaran zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.

- Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.

- Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.

- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.

- Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.

- Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat di masjid.

Amalan Pagi 1 Syawal

- Mandi sunat Aidilfitri pada pagi harinya.

- Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.

- Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.

- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.

- Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.

- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.

- Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.

- Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.

- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.

- Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.

- Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.

Catat Ulasan

0 Ulasan