Al Fatihah Untuk Diri Sendiri

Al Fatihah Untuk Diri Sendiri  | Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk diri anda sendiri? Jika belum, lakukanlah mulai hari ini kerana ini adalah makanan yang baik bagi roh kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik baik hadiah untuk rohani kita.

Cara Mengamalkannya

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur
- "Beri salam" pada diri sendiri dahulu
-  Panggil nama penuh kita dengan lembut 3 kali
- Kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan "Alhamdulillah"
- Kemudian katakanlah "Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriku sendiri, lahir dan batinku, Ya Allah jagalah hambaMu ini, lindungi hambaMu, jadikanlah hambaMu ini penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya. Aamiin Ya Allah''.
- Baca surah Al-Fatihah 1x.

Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah rasanya. Rasulullah S.A.W bersabda "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari) Aamiin ya rabbal'alamin

Kredit : Ustaz Ebit Liew

Catat Ulasan

0 Ulasan