Aina Insyirah Dan Adam Iman Khatam Quran Sempena Ramadhan

May 18, 2020

Insyirah Dan Iman Khatam Quran Sempena Ramadhan | Alhamdulillah Syukur PadaMU Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Quddus  Ya Razzaq Ya Fattah Ya Somad, harini KakYa happy sangat sangat sebab semalam dua anak KakYa Insyirah dan Iman dapat khatam Al Quran sempena Ramadhan. Syukur sangat sangat untuk Ramadhan kalini dapat jugak diaorang berdua khatam Al Quran di bulan mulia ini. Iman khatam pagi tadi jam 2 pagi. Insyirah khatam jam 3 petang tadi. Untuk Insyirah dengan Iman KakYa pon tak pasti dah berapa kali diaorang khatam Al Quran sebab diaorang pon tak ingat dah berapa kali khatam. Ya la bukan setakat kat rumah kat sekolah pon diaorang pernah khatam Al Quran jadi tak ingat dah berapa kali.

www.akifimtiyaz.com

Sebelum ni atau tahun tahun sudah diaorang tak banyak masa sangat kat rumah, kan sekolah .. jadi banyak aktiviti dan jugak kerja sekolah, tak sempat nak khatam. Ya la pagi hingga petang sekolah. Lepas berbuka dah nak pergi Solat Terawih kat masjid. Balik masjid dah penat sebab esok nak sekolah lagi, kena tido awal. Tapi tahun ni alhamdulillah hikmah disebalik PKP anak anak ada banyak masa selepas selesaikan kerja kerja sekolah dapat khatam Al Quran pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah Syukur padaMU Ya Allah. 

Dua orang dah khatam Al Quran bulan Ramadhan kalini, tinggal sorang lagi anak KakYa yang belum khatam waktu Ramdhan ni. Akif! .. Istimewa sikit DakKecik ni sebab antara dia dan kakak serta abang, dia paling swing swing mood skit bab mengaji ni. Ada jer la alasan nak mengelak, nak ngaji pagi la, petang la, malam la subuh la .. last last tak mengaji. Dia ikut mood dia. Kalau mood baik elok terletak tak payah suruh pon dia ambik Al Quran terus jer ngaji. Tapi tak banyak mukasurat la sekadar 4 ke 5 muka surat jer sekali baca. Dalam sehari biasa dia baca 2 ke tiga kali. Tidur jer lebih sebenarnya, hehehe. Tapi takpe kurang kurang dia mengaji jugak. Sekarang dah masuk ke muka surat 300 lebih dah. Takpe la tak sempat khatam bulan Ramadhan pon janji kena mengaji .. Ingat kat Al Quran sokmo. 

Didik hati sayang Al Quran. Bila sayang Al Quran kita buat apa? Bila sayang Al Quran kita baca baca dan baca sokmo, bukan letak Al Quran kat dalam almari buat perhiasan. Kena baca setiap masa. Baru namanya sayang Al Quran. Alhamdulillah moga anak anak KakYa beroleh keberkatan di bulan Ramdhan yang mulia ini. 


Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. Alhamdulillah, tahniah Aina Insyirah dan Adam Iman. Semoga Allah sentiasa memberkati semuanya.. aamiin :)

    ReplyDelete
  2. setuju bukan nak kejar ke khatam, tapi nak didik dgn alquran tu yang penting

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.