Zikir Terapi Asmaul Husna Untuk IbuBapa Anak Autism

Zikir Terapi Asmaul Husna Untuk IbuBapa Anak Autism | Zikir Terapi Asmaul Husna ini KakYa dapat dari perkongsian di Google. KakYa tak pasti dan tak ingat kat mana tapi kalau tak salah KakYa la kan KakYa terbaca ni dalam blog seseorang. Malam ni KakYa rasa terpanggil untuk kongsi zikir ini buat pembaca blog KakYa terutama buat ibubapa yang mempunyai anak autism. Moga ianya memberi manfaat insyaAllah.

www.akifimtiyaz.com

Menurut penulis, zikir terapi ini diajarkan oleh Prof Wan Maseri, seorang pengamal terapi Asmaul Husna. Marilah kita sama sama amalkan zikir terapi ini. Mohon dengn Allah bersungguh2 sungguh serulah namaNya. InsyaAllah. Sesungguhnya keajaiban itu akan didatangkan olehNya dengan izinNya juga. Aamin Ya Mujiib. 

Zikir Terapi Untuk Ibubapa Anak Autism 

- Ya Baari', aturkan lidah anakku agar dia lancar berkata kata.

- Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, ajarkanlah anakku untuk bercakap.

- Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami', alirkan kasih sayang dalam jiwa kami agar kami dapat menyayanginya dan dia dapat bergaul dengan baik.

- Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matiin, kurniakan kekuatan dan keteguhan kepada jiwanya kerana dia kurang keyakinan diri.

- Ya Majid Ya Hamid, kurniakan dia budi pekerti mulia dan sifat terpuji.

- Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, kurniakan dia ilmu, kebijaksanaan, kepintaran dan kecerdasan otak, khususnya untuk menghayati kitabMu.

- Ya Sobur, Ya Nur, Ya Hadi, Ya Fatah, kurniakanku kesabaran dan jalan untuk mendidik anak ini.

- Ya Razzaq, Ya Muqit murahkan rezeki anakku ini

- Ya Qohhar, Ya Latif, Ya Malik, pulihkan selera makan dan lembutkanlah hatinya untuk merasai pelbagai jenis makanan dan minuman yang Ya Razzaq rezekikan untuknya.

- Ya Syaafi, sembuhkanlah semua penyakit anakku dan peliharakanlah kesihatannya, supaya dia beribadat kepada MU

- Ya Qohhar Ya Latif Ya Malik, tundukkan dia kepadaMu, lembutkan hatinya dan balik balikkan hatinya untuk mendengar nasihatku.

- Ya Latif Ya Halim, kurniakan anakku kelembutan dan kesantunan.

- Ya Salam Ya Fatah Ya Syaafi, sembuhkan neuron dan saraf di otaknya dan Ya Mu'id Ya Muhyi, pulihkan fungsi otaknya.

Catat Ulasan

0 Ulasan