Terjemahan Surah Al Ikhlas

Terjemahan Surah Al Ikhlas | Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian mak!hluk untuk memohon sebarang hajat. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

www.akifimtiyaz.com





Muqaddimah Surah Al Ikhlaas 

Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 4 ayat. Dinamakan surah "Al-lkhlaas" (Tauhid Yang Sebersih-Bersihnya), kerana dalam keseluruhan surah ini, Allah Ta'ala perintahkan Junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w.), supaya menegaskan kepada umum: Bahawa Allah Ta'ala Maha Esa - dan tidak ada bandinganNya. 

Intisari kandungan surah ini: Memberi kesedaran kepada hati kecil manusia tentang i'tiqad tauhid yang sebersih-bersihnya, untuk dijadikan asas bagi ibadatnya dan bawaannya dalam alam kehidupan. 

Dengan yang demikian, ia tidak akan memperhambakan diri melainkan kepada Allah semata-mata, dan tidak bertumpu pada masa senang dan susah melainkan kepada Allah sahaja, dan juga tidak menjadikan kata pemutus dalam segala urusan hidupnya melainkan hukum Allah - yang menjadi punca bagi segala keadaan, kekuasaan dan ketetapan.

Sumber: App Smart Quran 

Catat Ulasan

0 Ulasan