Terapi Melalui Asmaul Husna

Terapi Melalui Asmaul Husna | Situasi kehidupan dan cara mengatasinya dengan penghayatan Asma'ul Husna (caranya zikir dan berdoalah menyebut namaNya berulang ulang kali). Sebelum mula berzikir berdoa dan mohon kepada Allah swt apa yg dihajati. Zikir setiap hari seberapa banyak yang anda mampu. InsyaAllah.

www.akifimtiyaz.com

Situasi Menangani Kerenah Ahli Dalam Sesebuah Organisasi Atau Pertubuhan

• Zikir Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami', 'Ya Allah, satukan hati hati kami dengan kasih sayangMu. Ya Qohhar Ya Latif Ya Malik, Ya Allah, tundukkan hati staff staff / sahabat sahabat kami kepadaMu.'

Situasi Nak Khusyuk Dalam Solat Dan Istiqamah Dalam Ibadah

• Zikir Ya Mumit, Ya Allah, putuskan tali ingatanku kepada dunia sepanjang solatku. 
• Zikir Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami' Ya Baaqi, Ya Allah, kekalkan hatiku mengingatiMu sepanjang solatku.
• Zikir Ya Baaqi - Ya Allah kekalkanku Istiqomah dlm Beribadah kepadaMu.

Masalah Mengantuk Dalam Kelas / Majlis Ilmu

• Zikir Ya Aziz, Ya Qowiy, Ya Matin, Ya Allah, kuatkan mataku untukku belajar.
• Zikir Ya Baaqi' Ya Hayyu, Ya Allah kekalkan kesegaran mataku sepanjang kelas/majlis ilmu.

Masalah Kurang Fokus Dalam Kelas / Majlis Ilmu

• Zikir Ya Baari', Ya Allah aturkan hati dan fikiranku untuk fokus dalam kelas.
- Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungi hati dan fikiranku dari bisikan nafsu serta gangguan syaitan.

Masalah Sukar Menghafal

• Zikir Ya Baari', Ya Baaqi, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid - 'Ya Allah, aturkan ilmu dalam otakku dan mudahkanku memahami ilmu-Mu yang luas. Kekalkan ilmu dalam otakku'.

Masalah Lambat Faham Pelajaran Atau Soalan Exam

• Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid - 'Ya Allah, kurniakanku kefahaman tentang pelajaran/ soalan ini. Zohirkan ilham jawapan ke dalam otakku Ya Allah'.

Permasalahan Keluarga

• Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim - 'Ya Allah, bantulah kami untuk menyelesaikan masalah keluarga'

Masalah Suka Marah

• Ya Sobur, kurniakanku kesabaran.
• Ya Qohhar, tundukkan kemarahanku.

Masalah Tidak Suka Bergaul / Bekerjasama

• Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami' - 'Ya Allah alirkan kasih sayangMu dalam hati hati kami agar kami dapat bergaul dan bekerjasama dengan baik'.

Masalah Suka Berfikiran Negatif

• Ya Quddus, Ya Jalil - Ya Allah suci dan jernihkan hati dan fikiranku dari berfikiran negatif.
• Ya Haadi, - Ya Allah bimbing hati dan otakku untuk sentiasa berfikir positif.

Masalah Malas Dan Kerja Bertangguh

• Ya Quddus Ya Jalil - 'Ya Allah sucikan hatiku dari bisikan syaitan, penyakit malas dan bertangguh'.

Masalah Suka Bergaduh Dengan Ibubapa / Sahabat.

• Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami' - 'Ya Allah satukan hatiku dan pemikiranku dengan ibubapaku/sahabatku'.

Masalah Markah Selalu Rendah

• Ya Allah Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rashid, kurniakanku kepintaran dan kefahaman laju untuk memahami pelajaranku, Ya Roofi', tinggikanlah markahku.

Masalah Selalu Cuai

• Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim, tolonglah kami agar kami tidak cuai dalam  setiap pekerjaan kami, Ya Lathif kurniakan kami sifat teliti.

Masalah Pengurusan Masa

• Ya Allah Ya Baari', engkau sebaik-baik mengatur masa, aturkan masa dan jadualku agar tersusun dan sistematik.

Masalah Suka Berprasangka Buruk

• Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, sucikan hatiku dari berburuk sangka, benci membenci dan segala penyakit hati yang menghinggapi hatiku.

Masalah Malas Solat Dan Malas Belajar

• Ya Allah ya Hafiz ya Muhaimin, lindungiku dari bisikan nafsu dan bisikan jahat syaitan .
• Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, berikanku kekuatan untuk rajin beribadah dan belajar.
• Ya Quddus Ya Jalil, sucikan hatiku dari penyakit malas solat dan belajar.

Masalah Kawan Susah Bayar Hutang

• Ya Allah Ya Fattah ya Lathif, lembutkan dan bukakan pintu hati mereka untuk bayar hutang.

 Situasi Guru Yang Panas Baran / Cepat Marah

• Ya Allah Ya Sobur, kurniakan kesabaran untuk guruku.
- Ya Qohhar, tundukkan kemarahan guruku.

Masalah Selalu Solat Lambat

• Ya Awwal, percepatkan kami untuk solat.
• Ya Hafiz Ya Muhaimn, lindungi hati kami dari bisikan syaitan.

Masalah Sukar Kawal Penggunaan Handphone

- Ya Allah Ya Qohhar tundukkan nafsuku yang suka main handphone.

Situasi Sakit Hati/Kecil Hati Dengan Kawan

• Ya Allah Ya Affuw, masukkan rasa kemaafan dan sifat pemaaf dalam hatiku untuk aku memaafkan kawan kawanku.

 Situasi Di Buli Dan Minta Duit

• Ya Allah Ya Hafiz zya Muhaimin, lindungiku dari kawan kawan yang suka membuli dan minta duit.
• Ya Majid, Ya Hamid, kurnikanku dan kawan kawanku budi pekerti mulia dan sifat terpuji sepertimana sifat mulia bdaginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mengeratkan Hubungan Dengan Kawan Kawan Sekolah / Sekerja / Biz Partner

• Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami', satukan hati, hubungan kami dan kawan kawan kami dengan kasih sayangMu.

Masalah Tidak Semangat Nak Belajar

• Ya Allah Ya Baa'its, bakarkan semangatku untuk belajar.

Masalah Barang Hilang

• Ya Allah Ya Zohir, nampakkanlah barangku/duitku yang hilang.
• Ya Sobur Ya Malik, berikanku kesabaran jika duitku ini bukan milikku, maka telah engkau ambil melalui peristiwa.
• Ya qodir Ya muqtadir, tanamkan sifat redha dalam hatiku

Situasi Anak / Ahli Keluarga Sakit (sakit biasa-demam/batuk/lemah semangat/sakit perut dan lain lain)

• Ya Allah Ya Salam Ya Fattah, Engkaulah yang Maha Menyembuh lagi membuka jalan kesembuhan kerana setiap sakit engkau takdirkan, engkau turunkan bersamanya penawar maka Sembuhkan lah sakit anakku ini mengikut caraMu, hadirkanlah penawar kepadaku sebagaj alat-alat kesembuhan dariMu buat anak/keluargaku yang sedang sakit.
• Ya mu'id, kembalikanlah kesihatannya.

Situasi Jalan Jammed / Kesesakan Jalan Raya / Beratur Panjang Di Kaunter Membeli / Pertanyaan 

• Ya Allah Ya Wasi' Ya Baasith Ya Rashid, luaskan dan lapangkanlah jalanku agar cepat sampai ke destinasiku.
• Ya Rashid, segerakanlah urusan pembelianku di kaunter/gerai ini. 

Anak-anak bercinta di sekolah / untuk anak yang Soleh dan Solehah serta terlindung dari perkara tidak baik/maksiat :

Amalkan Zikir 40x atau lebih 
• Ya Hafiz (Yang Maha Melindungi)
• Ya Muhaimin (Yang Maha Memelihara/Menjaga)
• Ya Wahab (Yang Maha Memberi Pertolongan)
• Ya Karim (Yang Maha Memberi Tanpa diminta)

Doa Bicara hati : - Allahuma Ya Hafiz Ya Muhaimin, sesungguhnya padaMu ku memohon perlindungan kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung. Ya Allah jagakanlah dan lindungilah anakku (nama anak) dari bisikan nafsu , bisikan syaitan dan tipudaya dunia. Lindungilah anakku ini daripada perkara-perkara yang tidak baik, lembutkanlah hati anakku Ya Lathif agar gementar hati dan tubuhnya ketika mendengar NamaMu, lembutkan hatinya untuk memahami Ilmu-ilmuMu yang luas serta MengenalMu.

Allah Ya Mumit (Yang Maha Memutuskan), Ya Allah sesungguhnya Engkau Ya 'Alim yang Maha Mengetauhui apa yang terbaik buat anakku namun aku sebagai ibunya merayu padaMu, Engkau putuskanlah hubungan antara anakku dengan lelaki ini (namanya) . Jika ini jodohnya yang telah Engkau takdirkan untuk anakku di Luth Mahfuz, engkau tautkanlah setelah habis dia belajar, jika ini bukan jodohnya, jauhkan, putuskan dan hilangkan Ya Batin segala perasaan dan ingatan anakku padanya. Engkau gantikanlah kebaikan untuknya. PadaMu aku bergantung harap Ya Allah Ya Somad.

Ampunkan dosa-dosaku serta dosa-dosa anakku Ya Affuw, Ya Ghaffar, Ya Tawwab, Ya Quddus, Ya Jalil. Makbulkanlah Ya Allah Ya Sami' Ya Mujib, Aamin Ya Rabb.

Kasih Sayang Suami Isteri

• Zikir Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud, ketika memasak, buat air untuk suami, picit kepala dan sebagainya dengan pasangan. Ya Allah alirkan rasa cinta di antara kami agar dapat meraih redha dan cintaMu Ya Allah.

Catat Ulasan

0 Ulasan