Rezeki Itu Rahsia Allah - Sedekah Subuh Dan Doa

Rezeki Itu Rahsia Allah - Sedekah Subuh Dan Doa | Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya Rashid, Ya Aziz, Ya Khaliq, Syukur Alhamdulillah Ya Allah, KAU kurniakan aku nafas untuk hari ini dan hari hari mendatang. Dengan nafas yang KAU kurniakan ini maka KAU jadikanlah hariku sebagai ibadah kepadaMU dan redhalah kepadaku Ya Allah. Aamin aamin Ya Mujib. Terima kasih Allah. 

Allah tidak akan mengubah nasib dan keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubahnya sendiri. Jadi persoalannya disini, kalau kita nak hidup yang lebih baik dan sempurna, kita sendiri yang perlu berusaha dan menggandakan usaha. Kena usaha, kena usaha dan usaha lagi. Doa, usaha, istiqamah dan tawakkal. Itu kerja kita. Yang lain lain hanya kuasa dari Allah  dan dengan izinNya. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib.  Syukur Ya Allah. Terima kasih Allah.


Petang KakYa nak kongsikan mengenai Sedekah Subuh dan juga Doa. Sama sama kita amalkan untuk kehidupan dunia akhirat yang lebih baik. Semoga kita akan lebih ikhlas dalam beramal. Dengan kuasa dan izin Allah dan juga usaha kita insyaAllah kita akan temui titik perubahan yang kita cari selama ini. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Amalan sedekah subuh dan doa ini KakYa dapat dari perkongsian sahabat di group Telegram. Pesanan daripada seorang Ustaz, beliau telah berpesan jangan percaya dengan apa yang disampaikan. Maksud dia tak perlu percaya tapi buat jer. Cuba buat jer apa yang dia minta dan tengok sendiri bagaimana hasilnya yang akan diperolehi nanti. Subhanallah. Apa yang Ustaz ni minta kita buat? SEDEKAH SUBUH dan DOA. Apa maksud sedekah subuh dan doa yang disampaikan?

Sedekah Subuh Setiap Hari

Kenapa dianjurkan sedekah waktu subuh (pagi) ? Bukan tengahari, petang atau malam ? Bersedekah di waktu subuh dikatakan sangat baik. Keutamaan yang didapatkan dengan bersedekan di waktu subuh adalah akan ada dua orang malaikat yang mendo’akan kita ketika kita menafkahkan harta kita untuk yang lebih membutuhkan.

Tentu saja bukan hanya harta yang bisa kita sedekahkan. Dengan ilmu atau benda lain juga kita bisa melakukan sedekah. Dalam suatu hadith disebutkan bahawa:

“Tiada sehari pun sekalian hamba memasuki suatu pagi, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari malaikat berkata, ‘Ya Allah, berikanlah rezeki kepada orang yang menafkahkan hartanya’. Sementara yang lain berkata, ‘Ya Allah, kurangkanlah dari yang dimiliki orang yang menahan hartanya’.” (HR Bukhari dan Muslim).

Maka bagi siapapun yang menafkahkan hartanya akan didoakan untuk mendapatkan ganti atas apa yang telah dikeluarkan berlipat ganda. Dan sebaliknya bagi yang menahan hartanya akan ditahan pula rezekinya.

Tips Sedekah Subuh

1) Untuk para isteri, kirimkan duit kepada suami untuk masukkan ke dalam tabung masjid ketika solat subuh.

2) Sediakan tabung sendiri, setiap pagi masukkan sejumlah wang.

3) Setkan beberapa favourite account untuk Pusat Tahfiz/Anak Yatim dan transfer sejumlah wang.

4) Elakkan mengeluarkan duit untuk bayar sesuatu terutama hutang sebelum mengeluarkan sejumlah wang untuk bersedekah.

5) Sedekah ikut kemampuan, bermula dengan RM1 dahulu. Kemudian perlahan lahan gandakan. Sampai satu tahap kita mampu sedekahkan RM100 - RM1000 sehari. Aamin.

Doa

Setiap kali selepas solat, kita doa. Tapi kadang kadang doa kita tak jelas, tak spesifik nak apa. Sebab itu segala hajat kita lambat termakbul.

Nak minta apa apa, nak doa apa apa wajib bagi jelas dan spesifik satu per satu. Baru cepat dimakbulkan insyaAllah.

Kita submit doa, bermakna kita dah bagi isyarat yang kita dah bersedia nak terima apa yang kita doakan tu. Kan Allah akan berikan sesuatu bila kita mampu dan perlu.

Doa apa yang kita nak minta supaya hidup kita perlahan lahan mula berubah kepada yang lebih baik ?

Sebelum tidur, solat taubat dulu. Tambah solat hajat lagi bagus. Sungguh sungguh minta dan doa pada Allah.

Ya Allah, berilah kekuatan dan bantulah aku untuk ubah hidup aku. Ya Allah, berilah aku kekuatan dan bantulah aku untuk ubah diri aku.

Ya Allah, bantulah dan perbaikilah urusan hidup dan bisnes aku. Ya Allah, perbaikilah iman, amal dan ilmu kami serta mantapkanlah iman amal dan ilmu kami. Ya Allah, bantulah dan berilah kekuatan untuk aku ubah hidup aku, bisnes aku, diri aku untuk aku. ( nyatakan sebab yang JELAS dan SPESIFIK )


Kalau nak bisnes maju sebab nak bantu mak ayah adik beradik, sebut satu satu dari segi apa nak bantu tu. Nak bagi RM 1000 sorang sebulan ke. Sebut jelas jelas apa yang kita nak.

Kalau nak kaya berjaya, minta kaya berjaya dunia akhirat. Jadi jutawan hebat dunia akhirat. Minta dekatkan dan jadikan bisnes kita bisnes yang menguntungkan dunia akhirat. Minta redha Allah.

Minta untuk sesuatu yang tujuannya adalah akhirat lebih penting. Sangat penting. Jangan pentingkan untuk dia.

Tips Untuk Konsisten Sedekah Subuh

Ajak suami atau kawan buat sama sama. Saling mengingatkan bila terlupa. Saling menguatkan bila memerlukan.

Dah, cuba amalkan dua ni je dulu setiap hari. InsyaAllah yakin dan percayalah, satu persatu urusan anda dipermudahkan. Diberikan peluang yang baik baik dan ditunjukkan jalan yang terbaik. 

Jangan sesekali pertikaikan bila, bila dan bila. Buat dulu, latih untuk ikhlas dalam beribadah dulu. KakYa doakan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda keluar dari segala masalah dan kesusahan. Aamin Ya Mujib.

Catat Ulasan

0 Ulasan