Periuk Nasi Baru Di Musim PKP

April 25, 2020

Periuk Nasi Baru Di Musim PKP | Alhamdulillah dapat jugak beli periuk nasi baru sebelum masuknya Ramadhan. Periuk nasi elektrik jenama Panasonic ni suami KakYa beli pada hari Khamis sehari sebelum puasa. Nak dijadikan cerita macam mana boleh beli periuk. Periuk nasi lama kami rosak dalam musim PKP fasa 2.  Tetiba jer kat tempat yang keluar cahaya lampu tu tak boleh nak ON. Hanya lampu jer bernyala tapi tak boleh nak ON untuk masak. Aduhai macam macam hal la pulak periuk nasi 16 tahun ni. Boleh pulak rosak time gini.

www.akifimtiyaz.com
Ni ler periuk nasi baru tu. Bercintaaa la jugak nak bawak balik periuk nan satu ni. Ada cerita dia jugak!

Nak beli yang baru kedai pulak tutup musim PKP ni. Biasa kalau barangan elektrik KakYa suka beli jenama Panasonic kat kedai panel Panasonic di Kemaman.. Ada la jugak terfikir nak beli online jer. Tapi KakYa kalau bab bab barangan elektrik susah sikit la nak beli online. Sebab KakYa dan suami suka belek belek dulu sebelum beli. Dah berkenan baru kami beli. Gitu kekdahnya.

www.akifimtiyaz.com
Nasib ler warna kelabu. Dibuatnya warna biru muda memang kita tak berkenan huhuhu. Cun!

Nak dijadikan cerita hari yang suami KakYa pergi pasaraya Tunas Manja untuk cari periuk nasi, takde pulak jenis yang kami biasa beli dan guna. Yang ada jenama Panasonic jugak tapi jenis yang bukan kami suka. Jenis yang penutup bersambung. Tapi nak tak nak kena beli jugak laa sebab dah takde periuk nasi nak memasak. Takkan la nak guna periuk biasa lama lama. KakYa tak berapa pandai sangat guna periuk masak atas gas. Biasa nasi jadi keras sangat atau lembik sangat. Tapi haritu pulak nak jadi kisah suami tak dapat nak beli periuk tu sebab banyak barang kat dalam box motorsikal.

www.akifimtiyaz.com
Cun tak periuk baru kita! Kecik pon kecik laaa janji adoo. Semoga dapat berjasa sehebat periuk lama. 16 tahun berjasa ... 

Jadi hajatnya keesokan hari baru nak beli. Malam tu duk cakap la ngan en suami, "Awak rasa periuk yang kita nak beli tu ada lagi ke esok? Ntah ntah dah ada orang lain yang beli. Hati saya ni duk berkata kata yang periuk tu dah dibeli orang laaa bang". Hahaha ingatkan KakYa jer rasa gitu, suami KakYa pon cakap "Ya la abang pon rasa camtu jugak laa, rasa cam periuk tu ada orang lain yang dah beli"... Kalau takde camne? Nak cari kat mana lagi musim PKP ni? Takpe laa kalau takde abang try la pegi pasaraya lain kot kot ada rezeki periuk baru kita kat situ.

Esok hari balik kerja suami terus singgah kat Tunas Manja Kemaman. Tepat jangkaan kami berdua periuk yang kami nak beli semalam tu dah takde dah. Periuk tu dah dibeli orang. Huhuhuhu memang takde rezeki kami nak beli periuk tu. Jadi satu hal pulak! nak mencari kat mana laaa periuk nasi ni .. 

Teringat kat satu pasaraya kat Kemaman ada jual barangan elektrik jugak. Esoknya 23.4.2020 sehari sebelum puasa, en suami tawakkal jer cari kat pasaraya tu. Alhamdulillah ada jugak, ngam ngam satu jer lagi yang tinggal. Saiz kecik jer 1.8 liter. Periuk yang lama saiz 2.8 liter.  Ingat  nak beli yang besar gitu la jugak. Tapi dah satu ni jer yang ada. Ambik la jugak. Takpe la kecik pon kecik la kita beli dulu la yang ni. Nak yang besar nanti nanti lepas PKP kita beli yang lain pulak. Alhamdulillah periuk nasi baru telahpon di rasmikan pada 1 Ramadhan 2020.

www.akifimtiyaz.com
Tarikh pembelian 23.04.2020 

Banyak betul dugaan barangan rumah rosak sepanjang PKP ni. Mula mula peti ais (tak sejuk kat atas, tak beku kat bawah tapi sejuk jer). Pastu kipas stand patah dan last periuk nasi rosak. Musim PKP ni laa nak jadi semua ni. Bertabahlaa wahai hati. Moga ada hikmah di sebalik tiap kejadian.

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. salam Ramadan Kareem buat Lya sekeluarga.. Wahh periuk baru tu :)

    ReplyDelete
  2. Syukur dapat keperluan yang menambaha rasa bahagia..

    ReplyDelete
  3. Panasonic tahan lama.. jemput join segment mama

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.