Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian Dan Sebulan

April 23, 2020

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian Dan Sebulan | Lafaz niat puasa Ramadhan secara harian dan niat sebulan. Esok 24 April 2020 ummat islam akan mula menjalani ibadah puasa. Salah satu syarat seorang muslim ialah melakukan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Sebelum melaksanakan ibadah puasa, korang perlu tahu antara syarat sah puasa ialah NIAT puasa. Bagi memudahkan korang semua, KakYa nak kongsikan lafaz niat puasa harian dan niat untuk sebulan Ramadhan. Semoga dapat dijadikan rujukan buat korang semua.

Cara Bacaan Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Harian

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Adaa-i Fardhi Syahri Ramadhaana Hazihis Sanati Lillahi Ta’aala

Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu bulan ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat Puasa Harian 

Cara Bacaan Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan

Nawaitu Souma Syahri Ramadhaana Kullihi Fardha Hazihis Sanati Lillahi Ta’aala

Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan ramadhan yang diwajibkan ke atasku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

 Niat Puasa Sebulan

Doa Berbuka Puasa

Selamat menjalani ibadah puasa 2020 buat semua pembaca blog dan sahabat KakYa. 

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.