Luna Luna : Makanan Segera Tidak Semestinya Makanan Ringan

April 28, 2020

Luna Luna : Makanan Segera Tidak Semestinya Makanan Ringan | Zaman moden ini ramai di kalangan kita yang kurang masa untuk menyediakan makanan terutama golongan wanita yang bekerja. Sesetengahnya lebih suka suka membeli makanan siap bungkus atau makanan segera. Terdapat beberapa faktor  kenapa orang Malaysia suka dengan makanan segera dan salah satu daripadanya ialah,  makanan segera mudah didapati dan senang disediakan serta jimat masa untuk masak ketika pulang dari tempat kerja. Beli jer kat mana mana dah boleh nikmati makanan sedap yang menepati citarasa.

Bila sebut jer makanan segera, KakYa dah terbayang terbayang kat depan mata mesti ada sebiji burger, juga kentang goreng serta segelas air bikarbonat. Makan waktu panas panas dan alangkah sedapnya dapat dinikmati bersama  seisi keluarga. Fuhhhhh membangkit rasa nak makan la pulak bulan bulan poser ni.

Luna Luna Dengan Pilihan Makanan Best Terangkat 

Bagi korang yang sukakan makanan unik dan lain dari yang lain,  KakYa nak cadangkan sebuah restoran di Setia City Mall, Luna Luna yang menyediakan makanan segera yang pasti menambat hati dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kenapa KakYa cakap camtu? Luna Luna ni, kepakaran diaorang adalah menyediakan  menu ringkas dan penuh inovasi serta unik untuk dicuba. Susah nak dapat menu yang lebih kurang sama seperti Luna Luna kat mana mana restoran lain.  Pelbagai pilihan menu menarik dan lazat untuk dicuba antaranya  Grilled Chicken Bowl, Spicy Fried Chicken Bowl,  Crispy Fish Kerabu Burger, The Luna Burger, Golden Fried Chicken Burger dan banyak lagi.

Grilled Chicken Bowl
www.akifimtiyaz.com
Wah nampak sedap dan menyelerakan. Tudia Grilled Chicken Bowl. Penuh satu bekas tu. Kita jenguk jenguk apa yang disediakan kat dalam satu bekas lengkap camni. Opkos laa yang utama ada Grilled chicken, nasi beras wangi, salad betik, jejari sotong, keropok ikan, sos ikan bilis dan sos asam pedas. Kalau camni la bahan bahan kat dalam satu bekas memang kenyang la kalau dapat. Memang kena cuba nanti.  

Spicy Fried Chicken Bowl
www.akifimtiyaz.com
Spicy Fried Chicken Bowl. Kalau tadi ayam grilled, yang ni pulak ayam goreng. Bahan bahan yang tersedia kat dalam mangkuk ni berlainan dengan yang grilled. Antara yang dihidangkan adalah spicy fried chicken, garlic rice, cucumber and spicy baby octopus salad serta di lengkapkan dengan brown sauce yang pastinya memikat selera korang. KakYa yang duk teropong ni pon dah terliur tengok gambar. Tak sabar nak order.

Crispy Fish Kerabu Burger
www.akifimtiyaz.com
Crispy Fish Kerabu Burger. First time laa ni KakYa jumpa burger letak kerabu kat dalam. Tak pernah tengok dan tak pernah makan lagi burger berasaskan kerabu. Kalau tengok pada gambar ni memang nampak sedap dan membangkit selera. Nampak gayanya kena jugak try Crispy Fish Kerabu Burger.

The Luna Burger
www.akifimtiyaz.com
Wowww! The Luna Burger. Antara bahan bahan yang tersedia dalam seketul The Luna Burger antaranya, briache bun, sos kacang, sesame seeds, bawang, timun, lettuce, cheese, bacon, griled beef slice dan juga daging. Nampak padat dan sarat dengan bahan bahan yang pasti membuatkan korang kecur air liur kalau dah mula terpandang. Jadi nasihat KakYa usah pandang lama lama nanti korang terbayang bayang. 

Golden Fried Chicken Burger
www.akifimtiyaz.com
Golden Fried Chicken Burger . . Ok satu lagi hidangan burger pilihan KakYa di Luna Luna. Antara bahan utamanya ciabatta bun, garlic mayo, tomato, lettuce, cheese dan juga ayam goreng. 

Nak Makan Apa Di Luna Luna 

KakYa dah cerita serba sikit pilihan makanan segera terbaik kat sini. Mana satu yang korang rasa sangat nak cuba. Kalau ikut KakYa, nak sangat cuba Grilled Chicken Bowl tu. Nampak sangat sedap dan menyelerakan dan KakYa belum pernah cuba menu sebegini. Sekali pandang dah terliur. Memang memanggil manggil betul laaa Grilled Chicken Bowl tu.

Musim PKP ni tak perlu susah gaduh nak keluar kalau nak dapatkan makanan kat Luna Luna. Penghantaran terus menerus ke rumah korang. Sekarang kan serba moden, klik klik jer jari fast food delivery malaysia , dah sedia membantu. Jadi apa tunggu lagi buat pilihan tepat untuk makanan kegemaran korang dan nikmati makanan segera kegemaran korang tanpa gangguan. Yeayyy makan makan makan dan makan lagiii.

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.