Doa Anak Soleh

April 24, 2020

Doa Anak Soleh | KakYa percaya setiap ibu bapa di dunia ini impikan untuk mendapat anak yang soleh. Setiap masa dan ketika doa tulus ikhlas ibu bapa pastinya mengiringi langkah perjalanan seorang anak. Dalam mendidik anak anak kita menjadi anak yang soleh, doa turut memainkan peranan penting. Terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat anak soleh dan KakYa cukup tertarik dengan satu perkongsian doa daripada pengguna facebook Pn Nor Fatihahnoor yang memulakan doa dengan Asmaul Husna.

Cara amalkan doa ini. Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan Asmaul Husna.

Ya Fattah
Ya Alim
Ya Nur
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Hafiz
Ya Muhaimin

Ya Allah bukakan pintu kefahaman dan ilmu pengetahuan, cahayakan hikmah kebijaksaan dan kepintaran kepada anak anak kami dan jagakan anak anak kami dalam jagaanMU dan pengawasanMU Ya Allah. Aamin aamin. 

Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)


Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.

Tanda Sayang,
Lya ❤
1 Ramadhan 1441H
24 April 2020
www.akifimtiyaz.com

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.