Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP  | Bermula 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2, melalui i-Akaun ahli berdaftar. Sehubungan itu, ahli boleh melakukan transaksi secara online melalui aplikasi i-Akaun.

Berapakah Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari? Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan dan ianya tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa. Pada ketika ini, impak pandemik COVID-19 dijangkakan akan reda selepas tempoh setahun.

Syarat Dan Kelayakan Pengeluaran i-Lestari

Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.

• Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia 
• Berumur di bawah 55 tahun
• Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP i-Akaun 2 Secara Online


Sila ke laman sesawang KWSP. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/home . Masukkan user ID dan juga password yang telah didaftarkan pada ruangan yang tersedia.

www.akifimtiyaz.com

Klik pada Withdrawal sebelah kanan atas dan klik lagi sekali pada New Aplication

www.akifimtiyaz.com

Klik pada Withdrawal Type 

www.akifimtiyaz.com

Pada ruangan Choose One pilih i-Lestari dan tekan tanda pangkah x pada popup yang keluar dan klik Next..

www.akifimtiyaz.com

Masukkan jumlah pengeluaran bermula RM50-RM500 pada ruangan Applied Amount. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun bank. Klik Next.

www.akifimtiyaz.com

Kemaskini maklumat peribadi di ruangan yang tersedia. Klik request TAC. Masukkan TAC number di ruangan tersedia dan klik Submit.

www.akifimtiyaz.com

Ok dah siap dan akan keluar Successful Submission sekali dengan tarikh permohonan, Status dan juga Reference No. Kalau nak print Klik jer kat perkataan Print.

www.akifimtiyaz.com

Korang akan dapat satu lampiran seperti kat bawah. Boleh simpan untuk rujukan di masa akan datang. 
www.akifimtiyaz.com
Untuk info lebih lnjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel ilestari@epf.gov.my .

Catat Ulasan

0 Ulasan