SELAMAT HARI LAHIR KE 11 MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ

March 05, 2020

Selamat Hari Lahir Ke 11 Muhammad Akif Imtiyaz | Hari ni hari lahir ke 11 Akif, buah hati kesayangan Umi, Abah, Kakak Insyirah dan juga Abang Iman. Teman baik Umi, kawan baik Abah, sahabat terbaik Kakak Insyirah dan Abang Iman. Bersempena hari lahir Akif yang ke 11, Umi dan Abah dedikasikan sebuah ucapan terindah ini buatmu permata hatiku dunia akhirat.


Selamat Hari Lahir Sayang "MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ". Alhamdulillah, hari ni 05.03.2020 genap sebelas tahun usia anak bongsu Umi dan Abah. Umi dan Abah sentiasa mendoakan Akif dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Semoga Hari Lahir Akif pada tahun ini memberi sinar kebahagiaan dan keceriaan yang berpanjangan buat Akif. Umi dan Abah doakan Akif membesar sihat sempurna menjadi anak soleh yang sentiasa taat pada perintah Allah SWT dan juga Rasul serta menjadi anak yang berbakti buat Umi dan juga Abah. Umi dan Abah sentiasa menyayangi Akif dunia dan akhirat.

Permata hati pengarang jantung Umi juga Abah, adik kesayangan kepada Kakak Insyirah & Abang Iman. Buah hati saya, sahabat bergaduh saya, kawan ketawa saya, semoga Akif sentiasa berbahagia hingga ke Syurga. Mendapat redha Allah SWT dalam setiap langkah perjalananmu wahai anakku. InsyaAllah. Aamin aamin aamin.

Always remember to be happy because you never know who's falling in love with your smile.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Happy birthday Akif.. semoga menjadi insan yg berjaya dan sentiasa diberkati dunia dan akhirat.. aamiin :)

    ReplyDelete
  2. Akif senyum ada lesung pipit kan..bertuah tu wajah ceria

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir adik Akif

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.