Sambutan Hari Lahir Ke 11 Akif Imtiyaz

March 09, 2020

Sambutan Hari Lahir Ke 11 Akif Imtiyaz |  Hari lahir Akif baru baru ni kami sambut sederhana jer. Ada umi, abah, kakak dan jugak Iman. Kebetulan masa cuti asrama kakak dan juga Iman jadi diaorang cakap nak sambut birthday adik la dah alang alang balik cuti. Masa tanya Akif nak makan apa apa dia cakap tak nak. Kek pon tak nak. Ni Umi abah beli jugak sebijik sebab abang Iman minta belikan untuk adik dia. Sambut beday pon dah dekat 10.30 malam sebab Umi abah ada hal yang nak kena selesaikan. Beli kek jam 9 malam pastu berkejar pulak pergi cari hadiah beday untuk Akif. Nak beli sebelum tarikh beday sebenarnya tapi lama benar duk kikir nak beli apa tak jugak dapat fikir. Last last malam baru pergi carik. Pilih tang tu jugak dengan en hubby. Moga moga dia suka laaa.


Umi abah pegi beli kek dan hadiah untuk dia berdua jer tak bawak anak anak. Masa balik dah pakat ngat kakak dan Iman jangan bagi adik duk kat luar minat dia duk kat dalam bilik. Sampai rumah terus masuk dapur siap siap bukak kotak kek dan atur hadiah dari umi abah dan jugak kakak abang. Semua last minit punya plan. Alhamdulillah terkejut gak la dia bila tengok ada kek dan jugak hadiah. Boleh pulak cakap, ingat Umi lupa dah hari lahir dia sebab dah malam dah takde nampak Umi buat apa apa pon. Alahai Umi tak pernah lupa laaa nak. Cuma lambat sikit jer dari biasa. 

Macam biasa laa posing umur 11 tahun. Alhamdulillah anak Umi dah makin dewasa. 

Sekeping gambar jer memang taksah la kalau namanya Muhammad Akif Imtiyaz. Posing dulu la nak sebelum kita potong dan makan kek tu. 

Ok laa Umi letak sekeping lagi kat sini buat kenang kenangan. 

Opkoss ada gambar ngan Umi. Ngan abah abang Iman dan kakak pon ada gambar tapi abah cakap tak melepasi piawaian untuk masuk blog. Jadi kita masukkan mana yang lepas jer la nak.

Hadiah untuk beday boy. Terkejuzz gak dia dapat hadiah ni sebab ritu dia pernah cakap nak beli tapi abah cakap dah ada boleh pakai lagi nanti beli kemudian. Last last Umi abah beli masa beday dia. Opkos la dia happy. Siap peluk cium berkali kali ucap terima kasih. 

Alhamdulillah dah 11 tahun dah usia Akif.  Kejap jer rasa cam baru semalam lahirkan dia. Tup tup dah 11 tahun dah. Semoga Akif terus sihat selalu dan di panjangkan usia. Jadi anak soleh Umi abah. Sanah helwah ya sayang.

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.