Resipi Telur Kuning Masin Putus Cinta

March 12, 2020

Resipi Telur Kuning Masin Putus Cinta | Semalam sempat jenguk group kesukaan aku kat facebook. Group apalagi kalau bukan group MAHN (Masak Apa Hari Ni). Korang pon mesti rajin singgah group tu kan? Aku kalau datang mood rajin mula la datang rasa nak menjelajah kat group tu. Bukan menjelajah sambil post gambar makanan (tak pernah post apa apa pon lagi dalam group tu, sekadar jadi tukang komen dan pemerhati orang komen jer setakat ni). Aku komen yang murni murni jer tak pernah lagi la tinggal komen mengutuk, mengeji ataupon menghentam masakan  orang macam sesetengah makcik, pakcik, kakak, abang dan jugak adik bawang kat group tu. Tu bukan aku. Aku komen yang baik baik jer. Yang murni murni jer.

"Aku suka telur masin tapi tak suka bahagian putih. Dah laa mahal harga kat kedai makan. Tak puas tau nak makan, yelaaa nak makan dengan nasi lagi, ratah lagi, belum masuk kategori khas letak dalam mulut pastu hisap sampai cair. Mana nak cukup sebiji. 

Okay kita buat sendiri. Tapi kita buat telur kuning masin jee, say no to telur putih. Sape telur putih? Aku tak nak dia. Sape telur putih? Aku tak undi dia.

Step by step ada kat caption setiap gambar. Khas untuk bekas makwe yang dulu nak sangat belajar buat telur kuning masin. Tapi dulu taknak ajar sebab nak kau hargai airtangan aku. Hahaha."

Resipi Telur Kuning Masin Putus Cinta 

Berbalik pada Resipi Telur Kuning Masin Putus Cinta. Hahaha ni nama yang aku bagi kat resepi yang dikongsikan oleh salah sorang ahli group MAHN. Mamat yang kongsi cara buat telur  kuning masin ni namanya Hafiz Danial. Kalau tengok pada post dia kat group tu sebelum sebelum ni nampak dia suka masak dan post kat group MAHN tu.

Apa yang buat aku rasa nak tergelak bila baca caption dia untuk resepi telur masin tu haaaaa. Ni baru ayat kat status belum baca lagi ayat dia kat semua gambar telur masin tu. Aku yang baca sorang sorang ni boleh tergelak gelak jadinya. Korang baca la sendiri. Tapi yang atas ni takde la nak tergelak mana sebab biasa biasa jer tapi caption kat gambar bawah memang boleh buat korang tergelak dan terhibur. Sis mudah terhibur! Jadi sebab terhibur aku letak la jugak beberapa komen dari ahli group MAHN tu kat bawah gambar.


Hat ni hang kena buh caption jgk mcm ni
INI LAH KEJADIAN DIA,BELAH 2 MCM MANA TERBELAH NYA HATI AKU BILA KAU PERGI..ha gituuuu

Belah lah macam ni... Cantik kejadiannya tidak seperti hati aku yg kau lukai, terbelah, pedih dan berdarah....
Aaaaaaaa githuuuuuuuu 

Dah lama tak makan telur masin.Sedih pula baca caption.semoga bertemu jodoh dengan wanita solehah yang pandai menjaga hati awak dengan sebaik-baiknya.

Ni lah hasilnye setelah hatiku kau guris luka...

makan sambil bercucuran air mata la gamaknya kan

Zue Myre ko baca post dia caption tiap gambar..lucu


"Caption dia sedih no bacanyaa... sambil terpikir, nak buat ke nak nangis"

"Ayat ko power la dik oii"

"Sedih caption kau dik non"

"Mcm sedap je..tapi ayat tu pergh"

"Gara2 cinta kecundang smp terbawa2 kat telor ayam.."

"Hawat Hafiz Danial. Frust menonggeng eaaa. Sorry la terketawa beso"


"bagus ni.. walaupun perit putus cinta tp tgn jln gak wat kije.. x de la merenung bulan sambil lap air mata"

"Ni mmg betul² lps putus cinta nih hahah bertabahlah dikk"

"Lawak Smpai nk nngis baca resepi"

"Hahhahahaha..broken trok no broo"


"Walaupun tgh kecewa tp masih mampu buat org lain ketawa..syabas diucapkan"

"Perghh..mendalam sungguh parut luka yg kau tinggalkan"

"Hahahaaa.. YA ALLAH.... Sampai sini je.. Aku dah gelak besar..."

"Sori la brader... Ayat mmg sedih tp jd lawak bila praktikkn dgn telur asin ni"

"Satu pintu hati tertutup buat kau, berpuluh-puluh lagi pintu hati lain sedang menanti untuk kau buka dikkk. Jangan fokus terlalu lama pada pintu yang dah tertutup, ingat tu. Ape ingat kat dunia ni ada satu je ke pintu?"

"Lain kali mintak kunci spare..dia lock jek,ada extra kunci lagi..."

"Akk de pintu doremon pintu ke mne sje adikk nk pinjm x..mne tawu bole lupakn pintu yg da trtutup tu"

"Akak dh bayangkan masa kau gaul ni sambil air mata meleleh kt pipi"


"Ada cerita dlm resepi
Takpe dik,ramai bakal2 mak mertua kau dlm ni tengah skodeng kau
Kalau pandai masak lagi bakal2 mak mertua suka"

"Tajuk lagu ni. sekelip mata kau berubah"

"Akak syak ni cerita betul deq..bukan rekaan."

"Kahkah. Luah perasaan dengan telur kuning masin kau dik. Kerlasss"

"sekelip mata kau berubah...oo begitulah lumrah nya percintaan...🎼🎼🎼"


"Feel ur sadness di semua caption ko dik. Akak ada adik pompuan. Nanti blh la chat kenai2 dlu"

"Andai terlebih masin,  kau tampallah dengan kentang. Insya Allah tak semasin air laut yang sedang bgelora..."

"Akk seba slh nk gelak dulu ke nak kesian dulu..."

"Hahahaa. Sampai sini sis dah tersedak sebab gelak x ingat dunia"

"Comel la kapsyen adik ni. Betul2 terhibur walhal tgh bersedih sbb kematian ibu mertua tersyg"


"smpai hati ex ko kan"

"Dr awl baca caption sengih2 ja. Smpi caption ni aq ketawa sndri"

"Aduii..sorry aku terketawa. Dari tadi aku senyum je. Ni aku dah xleh tahan gelak"

"Ko suh  akak ketawa or seday dik.. 
Nasibaik telo tu x pecah mcm hati mu klo x lggg kiciwa hati k lauttt... "

"Kalah lawak majalah Ujang ni Bro!!!"

"Caption diaaaaaaaa . Lepas geram ke apa ni"


"Hahaahahha bukan tertarik pada resepi.. tapi tertarik pada caption nya.. mana tahu kot2 tertarik pada tuan nya pulak.."

"Ko ni dik..xtau nk gelak ke nk nangis bc smua caption ko..tp smua ni mmg best menusuk kalbu ayt2 ko..smoga dpt pengganti lebih baik n terbaik.."

"Xleh blah caption ko dek..patah hati btol gayer"

"Sabo ye..ni dh share resepi, otomatik fofular kan ko sekali dik... Confirm rmai pm nnti"

"sedih meroyan sebenarnya ni,kiki,ala ibarat nak gelak semasa membaca tapi aku tahan,,,ape aku merepek ni"

"Dasyat la resepi ni siap ada touching for black heart"

Post dia yang ni mendapat lebih 30 ribu like dengan 3.9 ribu komen. Fuyoooo banyak giler like dan komen untuk post dia yang ni berbanding post makanan dia yang lain sekadar ratus dan ribu riban. Post yang ni memang ramai pulak yang komen kat gambar tu, komen yang membuatkan aku rasa nak tergelak lagi besar. Bukan setakat mamat yang post tu jer buat aku tergelak tapi komen dari ahli group MAHN tu sendiri menggelakkan lagi hati aku. Hadoi lucu sungguh. Ok nak bagi korang gelak sekali laaaa, baca komen komen kat bawah ni hahahaha ..

"Ko bernasib baik dik,  walaupun dia hancurkan hati ko,  tapi dia x hancurkan telo2 ko....."

"Terima kasih atas perkongsian.. sebagaimana dia berkongsi hidupnya dgn kau dan pakwe barunya sebelum kecurangan terhidu.."

"semoga kau bertemu jodoh sesama peminat telur masin warna kuning"

"Fuhhh...caption ko..Mujur x geram ...kalo tak dah lenyek telo2 tu..Bertabah la..Bunga bukan sekuntumTelor bukan sebiji"

"Resepi ne terukir dgn perasaan yg penuh makna,"

"Adik tk tahu lah baca caption dik ni akk nk nangis ke nk ketawa  .sedih pun ada nangis pun ada, resepi telur ayam di dlm perut ayam kan, betul ke"

"patah hti teruk sngt nie tuan tanah....nsb baik jdi jgak telur masin nye,smbil2 patah hati...smbil2 lyan telur mnis"

"Dik..akk mengekek ketawa baca caption gambar kau..sampai gambar last akk fikir balik apa aku baca tadi..mana resepi? "

"Xleh bla ko punya bebel masa buat telur tu jd kuning ek..nk kesian tp nk gelak pun yer. 
eh tah lah..ko nk sedih pun tk guna skrg ni pompuan  lbh ramai Dr lelaki,buat ape ko nk sedih.cari je peganti baru k."

"Bagus dia ni. Dia marah² dia luah pada makanan, terkeluar idea macam ni boleh jual ooo. Apa pun, saya tumpang simpati dengan kenangan masin bak China Selatan awak naa..banyak² bersabar, esok² adalah yang sudi jadi pengganti"

"Ni la resepi yg paling sedih.. aku baca"

"kau buat telur masin dgn kekecewaan ke.....brtabah la wahai hati...."

"Donno nak HAHA or SAD .

"Tapi yang pasti aku lupa resepi Sekali step , sekali belek , sekali step sekali belek ye anak² . Teruk betul nak hapal resepi yang ni"

"Terhibur kita baca kisah seribu satu mlm telur masin & cintanya yg x kesampaian. X apa la nak, x dapat cinta dia, yg penting kau dpt mkn telur masin, homemade lagi"

Apa kata korang? Moga moga korang pon  terhibur jugak la dengan entri pagi KakYa kali ni. Happy happy laaa takyah monyok monyok sangat pepagi ni. 

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Replies
    1. Hahahaha kakya biasa beli jer telur asin cik nor. Tak rajin aihh ak buat sendiri .. renyah nooo hehehe..

      Delete
  2. ahhahaahha kemain namanya,chopp tak paham mana dia amik kuning telur tu,dari telur rebus ke tak pecah pun.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.