Jaga Jari Dan Tangan Kita

March 18, 2020

Jaga Jari Dan Tangan Kita |Bila berlaku satu isu seperti COVID19 ni, ramai pula yang ringan jari tangan nak menulis. Ramai yang sibuk tulis dan up status seolah olah dia tahu semua. Lebih parah bila ada tanggapan buruk, hingga sanggup menghina dan mengkeji. Sebenarnya tak perlu hingga nak menghina nak mengeji seseorang. 

Setiap manusia ada ujian dia. Dan begitulah ujian mereka yang melalui sekarang ini. Kita tak tahu lagi ujian untuk kita bagaimana nanti. 

Siapa tahu esok lusa kita pula diuji. Jadi cukup kita diam dan sama sama mendoakan. Tak perlu nak besarkan dan cerita lebih. Takut nanti orang faham yang lain. Jadi salah faham pula. 

Bayangkan kalau masalah atau ujian itu melanda diri kita atau sesiapa yang kita cintai. Apa yang kita rasa? Jadi tepuk dada tanya iman. Kalau benda tak penting tak perlu rasanya untuk up status. Duk dediam sudah.

Sama sama kita muhasabah diri. Doa, solat, zikir, istighfar dan baca Al Quran, InsyaAllah ALLAH bantu. Aamin aamin. 

Sekadar nasihat dari saya sebagai seorang sahabat;

KakYa ,
Pemilik Blog www.akifimtiyaz.com

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.