Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 Kini Kembali

February 16, 2020

Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 Kini Kembali | Big Bad Wolf kembali lagi di negeri Pahang. Kemon gais rakyat Pahang semua jom serbu Big Bad Wolf Book Sale Pahang di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang  (Kampus Gambang) pada 28 Februari 2020 sehingga 9 Mac 2020 bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam. Korang boleh dapatkan koleksi buku buku kegemaran korang kat sana nanti. Kita terjah ramai ramai okey! Hari pertama la terjah sebab banyak buku dan meriah. Hehehee..


Big Bad Wolf Book Sale menampilkan pelbagai jenis buku dengan potongan harga sekitar 75% sehingga 95%. Jadi jangan lupa untuk dapatkan buku kesukaan korang dan nikmati tawaran hebat sebanyak 75% sehingga 95% bermula 10 pagi sehingga 12 tengah malam pada tarikh yang KakYa canang kat atas sana. Save the date ya! Mark sesiap kalendar korang. KakYa ni pon dah sesiap mark lepas Akif duk canang dua tiga kali. Dia la yang bagitau pasal Big Bad Wolf Pahang kat KakYa. Dia cakap boleh laa anti kita pergi cari buku buku Akif, kakak dan abang Iman. 


Jualan Buku Big Bad Wolf menawarkan pelbagai pilihan buku antaranya resipi, sains fiksyen, novel remaja, buku kanak kanak, buku latihan dan rujukan,  majalah dan banyak lagi pilihan buku menarik sesuai dengan semua peringkat usia dengan harga berpatutan. Kalau kat kedai buku harga agak mahal tapi di Jualan Buku Big Bad Wolf korang boleh dapatkan buku kesukaan korang dengan harga lebih murah. Kiranya berbaloi la terjah Big Bad Wolf. Boleh borong banyak buku. Sedia duit lebih je .. 

See you Wolfies in Pahang and selamat mencari buku kegemaran korang.


Opsss terlupa KakYa nak bagitau kat korang. Korang boleh dapat diskaun untuk buku buku TERPILIH dan juga update semasa mengenai Big Bad Wolf kalau korang join member BBW. Klik jer link ini BBW Member SignUp  untuk join.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Assalamualaikum Sis Lya, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  2. best juga shopping di big bad wolf tapi tak pernah pergi sini :( ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.