Terengganu Drawbridge Lokasi Wajib Bergambar Kalau Balik Terengganu

January 29, 2020

Terengganu Drawbridge Lokasi Wajib Bergambar Kalau Balik Terengganu | Terengganu Drawbridge atau Jambatan Angkat Terengganu terletak di Kampung Surau Pasir, Kuala Terengganu.  Terengganu Drawbridge  merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati. Terengganu Drawbridge merupakan projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Kenapa dipanggil Jambatan Angkat. Ini kerana jambatan ini boleh diangkat dilaluan tengahnya bagi memberi dan memudahkan laluan kepada kapal kapal besar.

Kuala Terengganu Drawbridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Lokasi Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Gambar Jambatan Angkat Terengganu, Drawbridge Kebanggan Terengganu, Terengganu Drawbridge
Layan jer laaa. Posing tengahari masa ni panas ceng ceng oiiii .. Tapi posing jugak sebab bukan selalu boleh balik Teganu. 

Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014, jambatan angkat terpanjang di dunia disokong dua menara setinggi 15 tingkat di bahagian kiri dan kanan dan boleh diangkat di bahagian tengah untuk laluan kapal bakal menjadi satu lagi tarikan pelancongan dari dalam dan luar negara.

Kuala Terengganu Drawbridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Lokasi Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Gambar Jambatan Angkat Terengganu, Drawbridge Kebanggan Terengganu, Terengganu Drawbridge
Hadoii la masa nak tangkap gambar ni jenuh jugak laaa suruh dia geraktamgan ke sana ke mari hingga naik boring. Akhirnya jadik jugak. 

Kuala Terengganu Drawbridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Lokasi Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Gambar Jambatan Angkat Terengganu, Drawbridge Kebanggan Terengganu, Terengganu Drawbridge
Huarghh dalam hp Umi dengan Abah banyak benor gambar Dak Kecik macam macam gaya sepanjang lepak kat sini. 

Terengganu Drawbridge disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Terengganu Drawbridge panjangnya 638 meter, 23 meter lebar dan ketinggian 12.5 meter dari aras laut.

Kuala Terengganu Drawbridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Lokasi Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Gambar Jambatan Angkat Terengganu, Drawbridge Kebanggan Terengganu, Terengganu Drawbridge
Acah acah jer tu. Tapi ok la kalini Iman nak jugak bergambar takde la kena suruh sokmo. Kalini dia pulak suka posing sakan. 

Tarikh Pembukaan Terengganu Drawbridge

Terengganu Drawbridge telah dibuka pada 2 hingga 17 Jun 2019 untuk tempoh percubaan, ditutup sementara untuk kerja kerja penambahbaikan dan telah dibuka sepenuhnya pada 1 Ogos 2019. Jambatan Angkat  Terengganu membolehkan pengguna memendekkan waktu perjalanan antara Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Universiti Malaysia Terengganu dan Kuala Terengganu sebanyak 15 minit. Sebatang jalan raya empat lorong di pesisir pantai telah dibina untuk menghubungkan jambatan dengan Kuala Nerus.

Kuala Terengganu Drawbridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Lokasi Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Gambar Jambatan Angkat Terengganu, Drawbridge Kebanggan Terengganu, Terengganu Drawbridge
Bila dah posing, macam macam gaya la yang jadik. Nak buat gaya gini, fuhh Umi siap duduk bersila kat atas rumput tau! Punyala semangat nak tangkap gambar. 

Sebagai anak jati Terengganu, KakYa turut berbangga kerana Terengganu adalah negeri pertama di Asia Tenggara yang memiliki Jambatan Angkat. Opkos la bangga kan!!  Oh ya lupa KakYa nak bagitau kat korang. Kalau korang ke sini jangan lupa untuk masuk ke Menara Terengganu Drawbridge. Pada yang tertanya tanya nak buat apa kat atas menara, ha ahhh korang boleh tengok pameran lukisan, tengok pemandangan bandar Kuala Terengganu, korang boleh bergambar dan korang dapat merasa berjalan  di lantai cermin yang boleh nampak pemandangan kat bawah platform.

Kuala Terengganu Drawbridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Lokasi Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Gambar Jambatan Angkat Terengganu, Drawbridge Kebanggan Terengganu, Terengganu Drawbridge

KakYa belum berkesempatan untuk masuk, tapi Kakak Insyirah dan Iman pernah masuk masa ikut lawatan sekolah diaorang tahun 2019. Menara ini dibuka setiap hari untuk kunjungan seawal jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Jadi kalau korang jalan jalan ke Terengganu jangan lupa singgah okey.

Kuala Terengganu Drawbridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Lokasi Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Gambar Jambatan Angkat Terengganu, Drawbridge Kebanggan Terengganu, Terengganu Drawbridge

Kuala Terengganu Drawbridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Lokasi Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Gambar Jambatan Angkat Terengganu, Drawbridge Kebanggan Terengganu, Terengganu Drawbridge

Ni bukan first time KakYa dan family singgah kat Terengganu Drawbridge sebenarnya. Masa raya aidilfitri 2019 KakYa dah pernah singgah tapi takde buat entri. Kalini terlebih rajin sikit nak karang entri Terenggaanu Drawbridge ni haaaa. Moga korang dapat la jugak sikit sebanyak info mengenai jambatan kebanggaan orang Ganu ni. 

Artikel Menarik yang Lain

5 Sahabat Setia

  1. cantik sangat. harap ada lah rezeki tahun ni dapat pi ke situ. hehe

    ReplyDelete
  2. kena pergi ni..thanks sharing indo :)

    ReplyDelete
  3. un hari tu alang2 pergi memang naik kat atas. rm5 jer tiketnya.

    ReplyDelete
  4. kak ana tak sampai lagi lya :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.